awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Namakan anak dengan nama malaikat atau para nabi dibenarkan - Shahrul Nasrun ucap terima kasih

Gempak
Gempak
18/07/2017
14:00 MYT
Namakan anak dengan nama malaikat atau para nabi dibenarkan -  Shahrul Nasrun ucap terima kasih
Shahrul Nasrun berterima kasih kepada Pensyarah Fiqh Semasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, kerana memberi penjelasan mengenai isu pemilihan nama anak lelakinya baru-baru ini.
PRESIDEN Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berterima kasih kepada Pensyarah Fiqh Semasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, kerana memberi penjelasan mengenai isu pemilihan nama anak lelakinya baru-baru ini.
Ustaz Mohd Izhar Ariff memberikan penjelasan menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.
Menurutnya, perkara itu tidak salah kerana menamakan anak-anak dengan nama yang baik adalah Sunnah.
“HUKUM MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA MALAIKAT: Ramai yang hubungi saya mengenai hukum menamakan anak dengan nama-nama para Malaikat. Untuk pengetahuan semua, menamakan anak dengan nama-nama yg baik adalah Sunnah.
“Nabi SAW bersabda yg bermaksud: "Kamu akan dipanggil pada hari Kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Oleh itu, Namakanlah anak-anak kamu dengan nama yg terbaik.." (Ibn Majah) Menurut Al-Nawawi, Al-Qardhawi dan ramai lagi, menamakan anak dengan nama para Nabi dan para Malaikat adalah dibenarkan selagi ia tepat dengan makna dan tata bahasa Arab.
“Justeru, hukum menamakan anak dengan nama JIBRIL/JIBRIEL, MIKAEL, MALIK atau sebagainya adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Akidah atau Syariah Islam. Wallahuaklam. Dato' Dr Mohd Izhar Ariff, Pensyarah Fiqh Semasa, UKM. @ustazdrizharariff @shahrulnasrun,” jelasnya.
HUKUM MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA MALAIKAT: Ramai yg hubungi saya mengenai hukum menamakan anak dengan nama-nama para Malaikat. Utk pengetahuan semua, menamakan anak dengan nama-nama yg baik adalah Sunnah. Nabi SAW bersabda yg bermaksud: "Kamu akan dipanggil pada hari Kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Oleh itu, Namakan lah anak-anak kamu dengan nama yg terbaik.." (Ibn Majah) Menurut al-Nawawi, al-Qardhawi dan ramai lagi, menamakan anak dengan nama para Nabi dan para Malaikat adalah dibenarkan selagi ia tepat dengan makna dan tata bahasa Arab. Justeru, hukum menamakan anak dengan nama JIBRIL/JIBRIEL,MIKAEL,MALIK atau sebaginya adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Akidah atau Syariah Islam. Wallahuaklam. Dato' Dr Mohd Izhar Ariff, Pensyarah Fiqh Semasa, UKM. @ustazdrizharariff @shahrulnasrun
A post shared by Ustaz Dato Dr Mohd Izhar Ariff (@ustazdrizharariff) on
Jul 15, 2017 at 9:50pm PDT
Penerangan itu kemudiannya mendapat perhatian Shahrul sehingga dia meninggalkan komen beserta hashtag #bersangkabaik.
Terdahulu, nama anak Shahrul Nasrun, Jibriel Khan yang dilahirkan pada 7 Julai lalu menjadi pertikaian netizen kerana menyamai nama malaikat.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
#Dr Mohd Izhar Ariff
#Shahrul Nasrun
#UKM
#Universiti Kebangsaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan