Sejak dua minggu lalu kedai makan milik Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Arif Abdullah, 44 tahun di kampung Seberang Pintasan, di sini mendapat kunjungan luar biasa selepas video dan artikel mengenai keenakan hidangan utama di premisnya disiar menerusi akhbar Sinar Harian.
Video berdurasi satu minit yang bertajuk “Sotong emas dicelah nasi goreng” menjadi tular dan ditonton hampir 300,000 pengguna laman sosial Facebook.
Mohd Arif berkata, sejak berita itu disiarkan terlalu ramai pelanggan datang untuk mencuba nasi goreng sotong emas dan ada sebahagian terpaksa pulang hampa kerana hidangan sudah habis.
Menurutnya, dia tidak menang tangan untuk melayan pelanggan walaupun sudah menambah tiga hingga empat pekerja baharu.
“Sejak artikel tu keluar terlampau ramai datang dan bukan hanya penduduk tempatan tetapi dari seluruh Malaysia.
“Ada dari Pahang, Selangor, Kedah, Perak dan pelbagai tempat lain semata-mata nak rasa keenakan nasi goreng sotong emas.
“Setiap hari ramai yang datang terus untuk makan di kedai dan ramai juga membuat tempahan melalui telefon.
“Bila ada batalkan tempahan atas urusan tidak dapat dielak, memang saya bersyukur kerana bimbang tidak mampu memenuhi semua permintaan pelanggan yang tidak putus-putus,” katanya.
Tambah pekerja, bahan mentah
Kata suami kepada Suhana Muhammad, 48 yang juga tukang masak di kedai itu, bukan sahaja pekerja terpaksa ditambah tetapi bahan mentah juga meningkat berganda.
“Jika sebelum ini hanya 15 kilogram (kg) sotong diperlukan tetapi sekarang mencecah 50kg sehari.
“Memang setiap hari habis dan kerana terlalu ramai, pelanggan terpaksa menunggu lebih lama.
“Walaupun pekerja ditambah tetapi kita tidak dapat memenuhi kesemua kehendak mereka,” katanya.
Katanya, kerana pendapatannya meningkat berganda-ganda, dia bersetuju bantuan bulanan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipotong.
“Memang pendapatan saya meningkat berganda-ganda, jika dahulu RM1,000 sehari sekarang mencecah RM3,000, malah sehari beratus-ratus pelanggan datang.
“Saya bersetuju bantuan bulanan dipotong kerana perniagaan ini sudah menjadi punca rezeki besar kepada kami sekeluarga.
“Walaupun OKU, kita tidak boleh terlalu harapkan bantuan kerajaan dan harus berusaha mengubah hidup ke arah lebih baik,” katanya.
Pelanggan puji keenakan
Pengunjung, Azizah Ngah, 64 berkata, dia terliur untuk menikmati keenakan nasi goreng sotong emas apabila melihat artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian.
“Saya duduk di Dungun tetapi tidak pernah tahu kedai ini wujud dan apabila melihat di dalam akhbar terus ingin mencuba.
“Akhirnya saya dapat rasa nasi goreng ini walaupun terpaksa menunggu agak lama. Rasanya sedap dan saya puas hati, malah harganya juga berpatutan,” katanya.
Sinar Harian
Sun Mar 18 2018

Mohd Arif tidak menang tangan untuk melayan pelanggan walaupun sudah menambah tiga hingga empat pekerja baharu.

Jenayah | Dua laras senapang, pistol dijumpai dalam sungai
Polis Kelantan akhirnya menemui dua laras senapang dan satu pistol yang dibuang ke dalam sungai Kelantan berhampiran Jambatan Ibrahim Ali dekat Tendong, Pasir Mas pada Jumaat lalu. Selaras senapang patah, selaras senapang jenis AK47 dan satu pistol itu dipercayai dibuang dua suspek ke dalam sungai itu untuk melupuskan bukti kegiatan pemburuan secara haram.

Wawancara Oprah | Harry, Meghan dedah jantina anak kedua
Duke And Duchess Of Sussex mengumumkan cahaya mata kedua mereka adalah anak perempuan. Pendedahan itu dibuat Putera Harry dan isterinya Meghan Markle sendiri kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad.

Pasangan Diraja | Meghan Markle dedah tekanan daripada keluarga
Duke dan Duchess Of Sussex membuat beberapa pendedahan mengejutkan dalam temu bual bersama Oprah Winfrey yang ditayangkan pada Ahad. Meghan Markle menceritakan tentang tekanan yang dialami sejak menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Britain, sehingga mula memikirkan tentang cara membunuh diri. Menurut Meghan, antara isu yang dipertikaikan keluarga itu, termasuk warna kulit anaknya, dikhuatiri terlalu gelap.

Hari Wanita | 120 juta bunga diimport sempena meraikan wanita
Hari wanita disambut meriah di Rusia, antara negara yang menetapkan 8 Mac sebagai cuti umum setiap tahun. Sudah menjadi tradisi di negara itu untuk memberi bunga kepada wanita sempena sambutan istimewa ini.

Pembukaan Sekolah | Wujudkan pusat sehenti pemerikasaan kesihatan
Pihak sekolah disaran mewujudkan pusat sehenti pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan ibu bapa secara sukarela bagi membantu mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar. Yang Dipertua Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berpendapat, dengan adanya pusat sehenti itu, ia dapat meringankan bebanan guru.

Pembukaan Sekolah | Mansuh cuti penggal, elak lebih ketinggalan
Dalam pada itu mimbar turut mencadangkan supaya cuti penggal tahun ini dimansuhkan. Jelas Yang Dipertuanya Datin Seri Ismalina Ismail, ia bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelari semula subjek atau topik yang tertinggal. Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasaskan asrama melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

Jenayah | Penganggur dihukum penjara 7 tahun
Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.

Pencemaran sungai | Sungai Kim Kim: KASA siasat tompok air hitam
15 pegawai alam sekitar dan air (KASA) diarah menyiasat tompokan air hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Pasangan warga emas catu makanan, makan sekali sehari
Mereka menjamah makanan sekali sehari bagi mengelakkan bahan mentah terputus sebelum sampai hujung bulan iaitu tarikh penerimaan bantuan JKM.

Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Kartel daging: Dokumen syarikat import bahan sejuk beku sejak 2015 dirampas - SPRM
SPRM akan mengkaji semua dokumen dan akaun-akaun syarikat yang terlibat, dalam mengesan keseluruhan dalang, termasuk anggota penguatkuasa terlibat melindungi kegiatan ini.

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal
Kementerian Kewangan telah memaklumkan, harga runcit bagi bahan api petrol dan diesel di Malaysia tiada perubahan dan masih kekal seperti minggu sebelumnya.

KPDNHEP benarkan import penutup mulut dan hidung - Alexander Nanta Linggi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan import penutup mulut dan hidung berkuatkuasa semalam bagi tampung kekurangan bekalan di pasaran.

Gunakan bahan mentah tempatan dalam projek ECRL - Teresa Kok
Terdapat banyak bahan mentah termasuk hasil getah Malaysia yang boleh dimanfaatkan bagi pembinaan landasan serta penghasilan bering seismik.

Nasi goreng sotong emas diserbu
Sejak dua minggu lalu kedai makan milik Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Arif Abdullah, 44 tahun di kampung Seberang Pintasan, di sini mendapat kunjungan luar biasa.

Pengguna di Dungun resah harga barang basah, sayur naik
Tinjauan di Pasar Paka, Dungun mendapati bekalan tersebut masih mudah diperoleh namun harganya meningkat berbanding sebelum ini.

Bekalan bahan mentah akan diimport jika tidak cukup - Tajuddin
Setakat ini berdasarkan pemantauan, bekalan bahan mentah di pasaran seperti daging lembu dan ayam serta sayur-sayuran masih mencukupi.