awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan berjaya tangkap ikan marlin hitam dengan berat 450 kg

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2021
03:20 MYT
Nelayan berjaya tangkap ikan marlin hitam dengan berat 450 kg
Ia memerlukan kekuatan empat orang nelayan dan sembilan jam untuk mengangkat naik ikan tersebut. - Gambar hiasan
SEKUMPULAN nelayan dari Faratea di French Polynesia berjaya menngkap seekor ikan marlin hitam dengan berat menghampiri setengah tan atau bersamaan 453.592 kilogram (kg).
Malah, penemuan luar biasa itu turut disifatkan sama dengan berat seekor kuda dengan purata berat antara 300 hingga 1,000 kg.
Susulan tangkapan itu, ia memerlukan kekuatan empat orang nelayan dan sembilan jam untuk mengangkat naik ikan tersebut yang kebiasannya dijumpai di lautan India dan Pasifik.
Memetik lapopran media tempatan, TNTV, Kapten Stephen Pua dan dua lagi nelayan baharu sahaja selesai melabuhkan pelambung mereka di kepulauan Tahiti kira-kira jam 9 pagi selepas mata kail mereka ditelan marlin hitam itu.
Malah mereka tidak menyangka proses menaikkan ikan tersebut mengambil masa yang agak lama.
Bantuan susulan juga digerakkan bagi menangkap ikan tersebut.
Pua ketika ditemu bual TNTV juga menceritakan ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidupannya menangkap ikan seberat ini.
Untuk rekod, sebelum ini Jabatan Perikanan New South Wales, Australia melaporkan ikan marlin hitam boleh mencecah berat lebih 699.893 kg dan panjang 16.4 kaki.
Namun, ikan jenis ini tidak mendatangkan bahaya dan kebiasaannya ditemui di perairan selatan Australia.
Topic Berkaitan
#Australia
#India
#nelayan
#marlin hitam
#ikan
#lautan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan