KUALA LUMPUR: Lenggong sekali lagi dipilih sebagai lokasi menjayakan puluhan pengisian dan aktiviti luar atau outdoor serta menghimpunkan komunitinya dalam penganjuran KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF2023).
Memasuki edisi kedua, festival yang dianjurkan LOCCO kali ini merupakan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat termasuk gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak, serta ekstrem.
Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, penganjuran aktiviti ini turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung dengan mempromosikan daerah di Perak ini dalam industri pelancongan negara.
“Saya melihat ODF2023 bertepatan dengan waktunya dalam mewujudkan lebih banyak komuniti yang saling menyokong dan menyantuni usaha murni penganjuran festival yang sihat dan diterima semua.
"Bermula tahun 2012, Daerah Lenggong diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO-Arkeologi Lembah Lenggong dan pada tahun 2021 telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-4.
"Lenggong sudah pasti mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri," jelasnya dalam sesi sidang media ODF23 di ibu negara pada Jumaat.
Antara aktiviti yang dirancang termasuk aktiviti perkhemahan, berkayak, memanah, merentas desa, dan pendakian.
Selain aktiviti outdoor, ODF23 turut menyajikan pengisian seperti bengkel, sesi perkongsian serta forum berkaitan aktiviti luar daripada komuniti terlibat.
Ia turut dimeriahkan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan muzik seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, dan The Mirza.
ODF23 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Jun di Resort Tasik Raban, dengan sasaran penyertaan 1,500 peserta.
Jualan tiket masih dibuka di laman sesawang www.outdoorfest.my serta laman media sosial rasmi ODF23.
Hafizi Rosli
Fri May 26 2023

Shamsul Anuar (tengah) pada sidang media ODF23 yang berlangsung di ibu negara. -Astro AWANI

Henti suntikan payudara doktor tidak bertauliah
Lumrah bagi seorang wanita untuk kelihatan menawan dari hujung rambut hingga ke kaki. Malah ada yang sanggup memperjudikan nyawa dengan mendapatkan rawatan tanpa memikirkan kesan sampingan.

Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022
Pengeluaran ketam di negara ini daripada perikanan tangkapan dan akuakultur sebanyak 16,074.14 tan metrik tahun lepas dengan 15,740 tan menerusi hasil tangkapan.

Lima alternatif atasi isu pelajar prasekolah di Malaysia
Pendidikan di peringkat prasekolah merupakan salah satu langkah untuk menunaikan hak setiap kanak-kanak di negara ini.

Potensi pelaburan RM23 bilion bukti keyakinan firma Jepun terhadap Malaysia
Potensi pelaburan bernilai RM23.07 bilion yang diraih dalam misi perdagangan dan pelaburan (TIM) ke Jepun baru-baru ini, membuktikan keyakinan syarikat global terhadap ekosistem perniagaan Malaysia.

Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.

JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih
JDT mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town.

Penyediaan makanan bernutrisi di prasekolah perlu diberi penekanan - Dr Nik Raihan
Penyediaan makanan bernutrisi di peringkat pra sekolah perlu diberi penekanan sebagai persediaan sebelum kanak-kanak mengikuti pembelajaran di peringkat rendah.

1,225 individu ditahan curi kenderaan, rampasan lebih RM20 juta
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas 2023 yang bermula Januari hingga April lepas.

Pekebun buah-buahan perlu berani lakukan transformasi
Pengusaha kebun buah-buahan di Melaka khususnya di Klebang perlu berani mentransformasikan kaedah pengurusan kebun mereka agar dapat memperoleh hasil pengeluaran yang lebih tinggi.

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ODF2023: Festival 'outdoor' Lenggong kembali, sasar 1,500 penyertaan
Penganjuran Outdoor Festival (ODF23) menyatukan pelbagai aspek kehidupan seperti gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak dan ekstrem