awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Wo Kabong promosi bahasa ibunda menerusi media sosial

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2020
10:51 MYT
Pak Wo Kabong promosi bahasa ibunda menerusi media sosial
Setiap kandungan video yang dihasilkan Pak Wo berkait rapat isu semasa dan diolah menggunakan bahasa Kabong - Foto Facebook / TV KABONG.
Pak Wo Kabong semakin mendapat tempat di hati penduduk daerah kecil di Sarawak ini.
Pemilik nama sebenar Asri Mostapha ini bijak memanfaatkan ruang digital bagi memastikan bahasa ibundanya tidak pupus ditelan kemodenan zaman.
Memegang prinsip kalau bukan orang kita, siapa lagi, dia menggunakan platform TV Kabong yang bersiaran di Facebook untuk mempromosi bahasa Kabong.
“Terdapat dua versi bahasa Kabong iaitu versi moden dan versi lama yang semakin hilang.
“Apa yang saya lakukan adalah mempromosi kedua-duanya supaya ia terus boleh didengar dan dipelajari supaya keindahan bahasa ini terus kekal kewujudannya,” katanya.
TV Kabong kini memiliki lebih 25 ribu pengikut di laman Facebook dan setiap kandungan video yang dihasilkan Pak Wo berkait rapat mengenai isu semasa dan diolah menggunakan bahasa Kabong.
“Contohnya perkataan letik dah semakin kurang digunakan sebaliknya orang ramai memilih menggunakan perkataan lekat atau lekit,” tambah Pak Wo.
Sementara itu dia juga bercadang menubuhkan Persatuan Seni Anak Kabong bagi terus mempertahan dan memartabatkan kesenian bahasa menerusi laman sosial.
Ini kerana baginya dengan inovasi teknologi maklumat serta penggunaan gajet yang meluas, anak muda di Sarawak akan terus mampu untuk menghasilkan kandungan kreatif yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Topic Berkaitan
#bahasa
#Facebook
#Kabong
#laman sosial
#media sosial
#Pak Wo
#Sarawak
#Seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan