PERASAAN marah merupakan sesuatu yang normal yang wujud dalam diri setiap individu.
Namun, sekiranya kemarahan itu sukar dikawal, ia mungkin boleh membawa kepada masalah serius selain turut mengancam nyawa.
Masyarat kini juga lebih mudah untuk melepaskan kemarahan hanya kerana kesilapan kecil.
Mengawal kemarahan
Sekiranya anda berdepan masalah sukar mengawal kemarahan, maka, seni mempertahankan diri adalah antara aktiviti yang dikatakan dapat membantu anda menghilangkan stres ataupun tekanan.
Namun, satu persoalan yang terus menjadi tanda tanya adalah, mengapa masyarakat kini lebih mudah untuk menjadi marah? Adakah perkara itu disebabkan oleh tekanan, tempat kerja, rumahtangga atau kewangan?
Menurut jurulatih Muay Thai dan pemilik gim Merican Muay Thai, Saiful Merican, individu yang mempelajari seni mempertahankan diri tidak akan menggunakan kebolehannya untuk mencederakan orang lain.
Ini kerana, kebanyakan sistem seni mempertahankan diri melarang pelajar mereka daripada membuli, mencederakan orang atau sengaja mencari gaduh diluar gelanggang mahupun gim. Malah, mereka juga dilatih untuk mengawal kemarahan.
Beliau yang merupakan seorang petarung profesional MMA di ONE Championship berkata, seseorang yang mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tahu bahawa kebolehan mereka mampu mendatangkan kecederaan dan bahaya kepada orang lain dan sebolehnya mereka cuba untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku.
“Individu yang mempelajari seni mempertahankan diri tidak akan menggunakan kemahiran mereka sewenang-wenangnya, kerana mereka diajar untuk bersabar,” katanya ketika ditemubual Astro Awani.
Berdasarkan pengalamannya sendiri, Saiful berkata, beliau juga merupakan seorang yang sukar untuk mengawal kemarahan, sehinggalah beliau mula mempelajari Muay Thai di usia 12 tahun.
Walaupun dilihat 'ganas' di dalam gelanggang, namun, beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang pergaduhan di luar gim.
Beliau turut mengakui terdapat beberapa anak muridnya yang pernah berdepan isu kemarahan, namun, mereka berjaya mengawalnya selepas mengikuti sesi latihan secara konsisten.
“Mereka sering marah dan meradang... mungkin selepas bertengkar dengan rakan-rakan ataupun bos. Tetapi selepas mengikut sesi latihan intenstif, mereka lupa tentang kemarahan itu dan merasa lebih baik. Apa yang penting adalah bagaimana anda mengawal kemarahan itu,” jelasnya.
Dalam Muay Thai, perkara pertama yang perlu dipelajari ialah rasa hormat. Mereka belajar untuk menghormati guru mereka, pasangan latihan dan juga orang di sekeliling mereka.
“Walau bagus mana pun kita, (pasti) akan ada yang lebih bagus,” katanya.
Saiful berkata, di Thailand terdapat satu tarian khas yang diberi nama 'Wai Khru' – sebuah pertunjukan tarian di mana petarung harus menunjukkan rasa hormat mereka kepada jurulatih, penonton dan pihak lawan.
“Bila anda menjadi seorang petinju, anda tidak mahu bergaduh di luar gelanggang. Tidak timbul rasa dendam kerana anda melihat seni mempertahankan diri sebagai aktiviti bersukan,” ujarnya.
Tambah Saiful, menyertai pertandingan ataupun bertarung ketika marah bukanlah sesuatu yang bagus, kerana setiap sistem seni mempertahankan diri melarang mana-mana petarung menggunakan kemarahan mereka.
“Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menggunakan kemarahan, mereka akan terlupa kepada teknik yang diajar kerana fokus mereka hanyalah pada kemarahan dan bukan pada perlawanan.
“Tanya pada mana-mana petarung, mereka tidak mempunyai sebarang rasa benci terhadap lawan mereka,” katanya.
Saiful turut menekankan, untuk menyertai pertandingan atau perlawanan, seseorang itu perlu mempelajari seni mempertahankan diri dan hanya menggunakannya di tempat dan waktu yang sesuai, iaitu di dalam gelanggang.
Seni mempertahankan diri juga sangat bermanfaat ketika berdepan situasi sukar atau waktu yang diperlukan seperti mempertahankan keluarga dan sebagainya.
Bagi pemilik gim Klinch MMA, Chris Leow pula, mempelajari seni mempertahankan diri adalah sangat penting untuk kebahagiaan dan kejayaan seseorang, tidak kira tua atau muda.
Katanya, menangani stress dan mempelajari cara untuk menjaga mental dan fizikal diri adalah anugerah seni mempertahankan diri yang harus dimanfaatkan.
Apabila perasaan marah menguasai diri, seseorang itu tidak boleh berfikir secara rasional dan akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan.
Chris berkata, mempelajari seni mempertahankan diri boleh membantu mengawal tindak balas ketika berada dalam keadaan tertekan dan mengajar mereka untuk mewujudkan fokus sebenar untuk mengawal diri dan kemarahan.
“Selain itu, mereka yang mempelajari seni itu juga mampu memberi tindak balas ketika takut, selain mempelajar kaedah untuk kekal tenang ketika tertekan dan membuat keputusan pantas dalam situasi yang tegang,” katanya.
Menjawab persoalan kenapa masyarakat sekarang menjadi semakin marah. Chris berkata beliau percaya kemarahan itu adalah disebabkan oleh tekanan.
“Apabila anda mengurangkan tekanan, maka, anda juga mengurangkan kemarahan dan apabila itu terjadi ia akan mewujudkan gaya hidup dan kehidupan yang lebih sihat,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau dahulu merupakan seorang yang pemarah, namun, setelah menceburkan diri dalam seni mempertahankan diri, beliau mula mengubah pandangan hidup dan berusaha menjadi lebih baik.
“Fikir sebelum bercakap dan sebelum bertindak atau melakukan sesuatu, fikir dua kali.
“Ingat, bahawa setiap tindak tanduk kita dalam hidup ini pasti ada akibatnya,” nasihat beliau.
Chris juga berkata, tujuan seni mempertahankan diri adalah untuk melatih seseorang untuk menjadi pejuang kepada minda dan semangat mereka.
Haider Yutim
Thu Feb 14 2019
Seni mempertahankan diri adalah antara aktiviti yang dikatakan dapat membantu anda menghilangkan stres ataupun tekanan. - Gambar hiasan
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Panas baran? Belajarlah seni mempertahankan diri
Sekiranya anda berdepan masalah sukar mengawal kemarahan, maka, seni mempertahankan diri adalah antara aktiviti yang dikatakan dapat membantu anda menghilangkan stres ataupun tekanan.