GAYA HIDUP
Panasonic cipta rekod baharu, kitar semula 100,000 bateri terpakai

Dari kiri: Visut, Keisuke, Yusaini dan Lau ketika upacara perasmian “Energy For Green Future - School Recycling Campaign 2.0”. - Foto Panasonic Malaysia
PETALING JAYA: Panasonic Malaysia catat kejayaan bersejarah menerusi kempen “Energy For Green Future - School Recycling Campaign 2.0”.
Ringkasan AI
- Panasonic Malaysia mencatat rekod Malaysia Book of Records dengan mengitar semula lebih 100,000 bateri terpakai melalui kempen -Energy For Green Future - School Recycling Campaign 2.0-.
- Kempen ini melibatkan lebih 30,000 pelajar dari 20 sekolah rendah di Lembah Klang, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurusan e-sisa dan pencemaran bateri melalui pendidikan dan aktiviti interaktif.
- Inisiatif ini selari dengan visi Panasonic Green Impact, memupuk gaya hidup lestari dan memperkasakan generasi muda sebagai penjaga alam sekitar melalui program pertukaran bateri, bengkel keselamatan dan kehadiran maskot Leo.
Pencapaian ini melibatkan lebih 30,000 pelajar dari 20 buah sekolah rendah di Lembah Klang, sekali gus menunjukkan bahawa kuasa pendidikan ialah pemacu utama kepada tindakan alam sekitar yang berkesan.
Inisiatif ini juga mencerminkan visi korporat Panasonic, “Create Today. Enrich Tomorrow”, berteraskan komitmen jangka panjang terhadap kesejahteraan holistik masyarakat dan planet, berpaksikan nilai-nilai dari Jepun.
“Intipati utama inisiatif ini adalah cabaran alam sekitar yang mendesak iaitu pelupusan bateri isi rumah yang tidak betul.
“Bateri mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan tanah dan air jika tidak diuruskan dengan betul.
“Dengan mengetengahkan isu ini melalui pendidikan dan tindakan proaktif, Panasonic berhasrat untuk membina kesedaran berpanjangan mengenai pengurusan e-sisa yang bertanggungjawab sekali gus memupuk tabiat lestari dari usia muda.
“Kempen ini bukan sekadar usaha kitar semula, ia tentang memperkasakan generasi baharu sebagai penjaga alam sekitar.
“Kami berbangga dapat melaksanakan program yang bermakna, yang menggabungkan pendidikan, tindakan dan impak. Rekod yang dicapai merupakan satu mercu tanda, tetapi pencapaian sebenar ialah menanam nilai kesedaran alam sekitar yang kekal dalam diri pelajar Malaysia,” kata Nishida.

Nishida (gambar) ketika berucap di majlis perasmian kempen “Energy For Green Future - School Recycling Campaign 2.0”, pada Jumaat. - Foto Panasonic Malaysia
Kempen ini sejajar dengan kerangka global Panasonic Green Impact (PGI), yang menyasarkan pengurangan pelepasan CO₂ serta memupuk gaya hidup mampan secara jangka panjang.
Sepanjang kempen, para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berilmu dan menyeronokkan, direka untuk menjadikan pembelajaran alam sekitar lebih menyeronokkan dan penuh impak.
Antara sorotan utama, Program Pertukaran Bateri, di mana pelajar berpeluang menukar bateri lama dengan baharu, bengkel interaktif dengan fokus kepada keselamatan penggunaan bateri, pencegahan pencemaran dan akibat sebenar daripada pengurusan sisa tidak sistematik.

Maskot Panasonic Energy, Leo, yang menjadi salah satu tumpuan di majlis perasmian kempen “Energy For Green Future - School Recycling Campaign 2.0” - Foto Panasonic Malaysia
Majlis turut disempurnakan dengan gimik sambutan sempena 100,000 bateri terpakai dengan kehadiran maskot Panasonic Energy, Leo, yang berjaya menyampaikan mesej inisiatif “Energy For Green Future” dengan cara menyeronokkan kepada para pelajar.
Turut hadir, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Yusaini Salleh; Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuke Nishida; Pengarah Bahagian Pembuatan Bateri Kering, Panasonic Energy Thailand, Visut Thobpak; Pengurus Negara Panasonic Energy Malaysia, Lau Swee San; Pengarah Jaring Metal Industries Sdn Bhd, Datuk Nigel Ng; Ketua Pegawai Operasi MBOR, Jwan Heah, dan Guru Besar SJKC Yuk Chai, Robin Tan Tien Chye.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami