awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2025
02:10 MYT
Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar
Pengambilan air yang mencukupi membantu tubuh badan kekal segar dan mengurangkan risiko berlaku dehidrasi. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika berpuasa dalam keadaan cuaca panas yang melanda beberapa daerah di Kedah ketika ini.
Perunding Nefrologi dan Pakar Perubatan Hospital Aurelius Alor Setar, Dr Syed Faisal Taha berkata, masyarakat perlu memastikan tubuh kekal terhidrat bagi mengelakkan risiko dehidrasi dan strok haba.
Katanya, pengambilan air yang mencukupi membantu tubuh badan kekal segar dan mengurangkan risiko berlaku dehidrasi.
“Amalkan minum lapan hingga sembilan gelas air putih sepanjang tempoh berbuka sehingga sahur. Sebagai contoh, dua gelas semasa berbuka, dua gelas ketika moreh, dua gelas sebelum tidur dan dua gelas lagi ketika sahur,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, sukatan terbabit tidak terpakai kepada pesakit buah pinggang.
“Mereka perlu mengikut nasihat doktor mengenai jumlah pengambilan air yang sesuai dengan kesihatan mereka,” ujarnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus peka dengan keadaan kesihatan ahli keluarga yang berisiko seperti warga emas, pesakit kronik serta kanak-kanak.
“Mereka perlu memastikan golongan ini mendapat rehat yang mencukupi, tidak melakukan aktiviti luar secara berlebihan serta memantau tahap kesihatan mereka secara berkala.
“Jika ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda keletihan melampau, pening atau muntah, segera bantu mereka mendapatkan rehat dan jika perlu, bawa ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan lanjut,” tambahnya.
Jelas Dr Syed Faisal, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar jika tiada keperluan mendesak.
“Tapi sekarang ini kita lihat ramai yang berpusu-pusu ke bazar Ramadan walaupun cuaca masih panas. Sebaiknya, pergi ke bazar selepas cuaca redup sedikit untuk mengelakkan dehidrasi yang boleh membawa kepada strok haba,” tambahnya. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Ramadan2025
#CeritaRamadan2025
#strok haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan