PEDIH ulu hati merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Namun, jika kerap mengalami sakit dada dan pedih ulu hati, pasti anda akan tertanya-tanya jika anda ada menghidap penyakit jantung.
PEDIH ULU HATI ATAU SAKIT JANTUNG, APA BEZANYA?
Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.
Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada.
Kadang kala, sensasinya dapat dirasai sehingga ke anak tekak. Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan, ketika anda berbaring ataupun sedang membongkok.
Sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat dengan plak. Selalunya, plak yang terbina di dalam arteri terdiri daripada gumpalan lemak atau kolesterol.
Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah.
Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung. Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung.
Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau. Itu adalah normal. Namun, jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.
Selain itu, jika anda telah pun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.
KENALI SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG DAN PEDIH ULU HATI
Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, heartburn atau sakit jantung?
Sukar untuk membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.
Heartburn selalunya mempunyai simptom-simptom berikut:
1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada.
2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
5. Boleh menyebabkan anda rasa masam pada lidah.
6. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.
Selain itu, 5 tanda lain sakit jantung yang perlu diketahui ialah:
1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
5. Nafas tercungap-cungap.
Tetapi, jika anda cuma mengalami heartburn atau pedih ulu hati, rasa pedih yang menyerang itu akan beransur-ansur hilang.
Namun, jika anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, segera pergi ke hospital ataupun dial 999 ketika kecemasan.
Simptom sakit jantung mungkin berbeza-beza mengikut individu. .
JANGAN AMBIL RINGAN JIKA ALAMI PEDIH ULU HATI
Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2018, hampir 36% kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.
Statistik ini mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapat rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.
Jangan abaikan rasa sakit dada dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja. Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda.
Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan. -Keluarga
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Keluarga
Sat Apr 13 2024
Jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius. -Keluarga
Penduduk Bandar Nam Tung minta PBT ambil perhatian segera masalah kebersihan
Keadaan kebersihan yang tidak terurus di Bandar Nam Tung mencacatkan reputasinya sebagai destinasi pilihan penggemar makanan laut di Sandakan.
Awang Tengah ke China, tarik pelaburan berasakan buluh
Kerajaan Sarawak menjemput G-COVE Technologies Co Ltd untuk mempertimbangkan pelaburannya berasaskan buluh di negeri itu.
HAWANA 2024: Etika teras kewartawanan mapan
Acara kemuncak HAWANA 2024 akan berlangsung esok dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waertawan AWANI BOrneo Fadilah Sulaiman ada butirannya.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Abang Jo mahu etika kewartawanan dipertahankan di era AI
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta setiap wartawan untuk membuat liputan yang lebih bertanggungjawab dan tepat, dalam menghadapi saingan teknologi yang semakin hebat.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.
AEON Bank secara rasmi lancar bank digital Islam pertama di Malaysia
AEON Bank (M) Bhd secara rasmi melancarkan bank digital pada Ahad, sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia.
Pedih ulu hati atau sakit jantung? Ini penjelasan doktor
Jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.