awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar dan guru hasilkan Jalur Gemilang guna 8,000 tempurung kelapa

Bernama
Bernama
23/08/2017
23:52 MYT
Pelajar dan guru hasilkan Jalur Gemilang guna 8,000 tempurung kelapa
Idea menggunakan tempurung adalah hasil perbincangan guru-guru sekolah ini dan telah berjaya disiapkan oleh guru dan pelajar dalam masa yang ditetapkan. - Bernama
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2017, lebih 200 guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan di Selayang, dekat sini menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan 8,000 tempurung kelapa.
Pengetua SMK Darul Ehsan Noraizan Brahim berkata sejak tahun 2015, sekolah berkenaan mengadakan acara simbolik menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan bahan terpakai bagi memperingati sambutan itu.
Menurutnya, Jalur Gemilang berkenaan dihasilkan dalam tempoh dua bulan melibatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Enam sekolah itu selain kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Idea menggunakan tempurung adalah hasil perbincangan guru-guru sekolah ini dan saya bersyukur ia dapat disiapkan oleh guru dan pelajar sebaik mungkin dalam masa yang ditetapkan.
Ini adalah inisiatif kami bagi menunjukkan semangat patrotisme selain membantu meningkatkan hubungan antara pelajar serta guru pelbagai kaum di sini. Itu paling penting," katanya kepada pemberita selepas Kempen Kibar Jalur Gemilang Kelab Pencinta Alam 2017.
Noraizan berkata, tempurung berkenaan diperoleh daripada seorang pengusaha kelapa yang juga bapa kepada pelajar di sekolah itu.
Katanya, pihak sekolah sentiasa menggalakkan penggunaan bahan terpakai dalam usaha mendidik pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Sementara itu, pelajar Ng Xiao Lin, 19, berkata aktiviti berkenaan mengeratkan hubungan pelajar pelbagai kaum sekolah itu yang bekerjasama menghasilkan Jalur Gemilang sebagai simbolik negara bakal menyambut Hari Kebangsaan.
"Selepas waktu sekolah, kami akan ambil masa dua hingga tiga jam untuk sama-sama berkumpul membersihkan dan melicinkan tempurung berkenaan sebelum menyapu cat...bila lihat hasilnya kami sangat puas hati," kata pelajar Tingkatan Enam itu.
Sempena program berkenaan juga, seramai 42 pelajar Tingkatan Lima aliran seni sekolah itu turut mengambil insiatif menghasilkan Jalur Gemilang sebesar 8 x 12 meter dengan menjahitnya sendiri sebagai tanda kenangan tahun akhir mereka di sekolah itu.
Turut hadir, Pengerusi Global Peace Festival Malaysia Tan Sri Zaleha Ismail dan Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri Templer Datuk Md Nasir Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#Merdeka
#noraizan brahim
#sambutan
#SMK Darul Ehsan
#tempurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan