awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelawak India, Vivekh nafi gambar viral sokong PM Najib

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
30/04/2018
11:58 MYT
Pelawak India, Vivekh nafi gambar viral sokong PM Najib
Vivekh mendakwa ada pihak yang menyunting foto yang dimuat naik di Twitternya, menggantikan foto Dr Mahathir dengan foto Najib. - Twitter/@Actor_Vivek
Pelawak terkenal India, Vivekh baru-baru ini menafikan bahawa gambar viral yang kononnya beliau menyokong Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P.085 Pekan.
Vivekh, menerusi Twitternya Sabtu lalu menjelaskan, gambar yang memaparkan dirinya bersama keratan foto Najib yang seolah-olah beliau meminta penduduk Malaysia menyokong Barisan Nasional adalah tidak benar.
Menurut Vivekh, sebenarnya keratan foto yang dipegang beliau adalah foto Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bukannya gambar Najib.
Sebelum ini, pelawak India itu pernah menyuarakan kekaguman beliau terhadap Presiden Pakatan Harapan itu dengan memuat naik gambar tersebut.
"Berita palsu! Ada pihak yang telah menyunting foto tersebut. Saya sebenarnya memegang gambar Mahathir. Saya bukan ahli politik, tetapi cuma seorang peminat Tun M. Tolong faham rakan-rakan sekalian," tulis Vivekh.
Wrong news! Some one replaced the photo. It was originally Dr.Tun.M pic only. I m not a politician. But just a fan of Dr.M. Plz understand friends! https://t.co/OL54d9X5a7
— Vivekh actor (@Actor_Vivek) April 28, 2018
Beliau turut menegaskan, beliau tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi hanya meminati Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin.
Vivekh berpendapat, Tun Mahathir merupakan seorang bekas pemimpin yang hebat dan beliau sangat mengagumi tenaga mantan perdana menteri itu pada usia 93 tahun.
I don know anything abt Malaysian politics. But I m taken aback by the sheer will of Dr.Tun.Mahathir to come bk to serve the nation at the age of 92(29!). Being the sculptor of Modern Malaysia he is a great inspiration for the youth. @chedetofficial @dinathanthi pic.twitter.com/5Aj2vDJbbu
— Vivekh actor (@Actor_Vivek) April 23, 2018
Vivekh pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij antaranya tiga anugerah Filmfare Best Comedian untuk lakonannya dalam filem Run (2002), Saamy (2003) dan Perazhagan (2004).
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Tun Mahathir
#viral
#Vivekh
#vivekh twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan