PADA hari ini, pelbagai pengguna menggunakan enjin carian seperti Google dalam melakukan carian dan untuk melayari web.

Namun, dengan kehadiran sejumlah bot berasaskan kecerdasan buatan, ia dijangka memberikan kesan secara tidak langsung terhadap penggunaan enjin carian ini.

Mengikut laporan Gartner, penggunaan enjin carian tradisional dijangka akan merudum 25% menjelang tahun 2026 – sekaligus turut memberikan kesan kepada kaedah pemasaran melalui enjin carian.

Gartner turut menyasarkan yang mana kandungan berkualiti turut akan menjadi fokus utama dalam penyenaraian di hasil carian – apatah lagi dengan penghasilan kandungan mudah menggunakan bot kecerdasan buatan pada hari ini.

Penyedia enjin carian dijangka akan menapis kandungan yang dihasilkan oleh bot, dan memberikan lebih fokus kepada kandungan berkualiti yang dihasilkan manusia.

Ini sekali gus dijangka akan membawa kepada perubahan dari segi algoritma dan pengesanan artikel untuk menyenaraikan ia pada hasil carian.

Dengan jangkaan ini, ia secara tidak langsung akan membawa kepada perubahan bagaimana kaedah SEO dilaksanakan, termasuk pemasaran secara organik dan berbayar pada enjin carian.