Adaptasi normal baharu dalam kehidupan seharian ketika ini memerlukan kita betul-betul menguruskan penggunaan digital dan internet sebaiknya.

Mana tidaknya, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) lalu, kebanyakannya dilakukan secara transaksi atas talian dan menerusi digital. Malah, perkara tersebut kini diteruskan sebagai suatu kelaziman baharu.

Secara peribadi, had internet mingguan dan bulanan sebelum ini tidak cukup dan terpaksa menambah data secara belian berasingan, sekali gus terpaksa berbelanja lebih untuk telekomunikasi.

Namun, secara jujurnya, banyak penggunaan data internet tersebut sebenarnya sejumlah besarnya adalah dengan menstrim siri-siri, filem dan lagu-lagu pilihan. Maklumlah, aktiviti itu sahaja yang dapat menceriakan hari-hari berikutan had hiburan di luar rumah ketika ini.

Tapi tidak perlu mengeluh, sebagai rakyat yang sayangkan negara dan menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan dalam mengekang pandemik ini, kita semua boleh dikatakan berjaya dan buktinya lengkung COVID-19 telah pun landai. Kita semua hebat!

Sebagai tanda penghargaan, Celcom Xpax kini memperkenalkan pelan prabayar inovatif terbaharu, dengan tawaran internet tanpa had pada harga serendah RM12. Percayalah, anda sekarang tidak perlu lagi mencatu penggunaan data internet!

Pelanggan prabayar Celcom Xpax akan menikmati kemudahan akses internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa menerusi aplikasi Celcom Life.

Benar-benar tidak terhad!

Khabar gembira kepada anda! Pelan terbaharu daripada Celcom Xpax tersebut adalah pas prabayar tanpa had dengan makna yang sebenar iaitu ‘benar-benar tidak terhad’ dengan kata tanpa klausa tersembunyi!. Justeru itu, wajar direbut oleh pengguna bagi penjimatan terbaik.

Melalui pelan berkenaan, syarikat telekomunikasi mudah alih utama negara itu telah menyediakan dua pas internet tanpa had iaitu secara mingguan dan bulanan, masing-masing pada harga RM12 serta RM35 yang membolehkan pelanggan menikmati internet bersama kelajuan 3Mbps selain panggilan ke semua rangkaian.

Celcom Xpax membolehkan pelanggan prabayar Celcom Xpax menikmati kemudahan akses internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa menerusi aplikasi Celcom Life.

Pelan dengan rangkaian terluas itu memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan dalam memenuhi keperluan dan kehendak digital mereka secara online.

Ini juga peluang terbaik kepada anda yang gemar live di media sosial, kerana tidak perlu lagi risau dengan had data internet dengan Celcom Xpax. Ya betul kita memahami live memang akan ‘makan’ data anda dengan banyaknya, jadi beralihlah kepada Celcom Xpax sekarang!.

Nikmat data hotspot

Prabayar Celcom Xpax tersebut turut membolehkan pelanggan menikmati data hotspot satu gigabait (GB) percuma bagi pas mingguan manakala 3GB bagi pas bulanan. Pelan berkenaan dipadankan dengan rangkaian 4G Celcom.

Selain daripada itu, pas internet ini turut mempunyai data hotspot percuma bagi produktiviti kerja ringan pada komputer riba serta tablet.

Selain hotspot percuma, kuota hotspot tambahan berharga RM1 bagi 1GB sehari atau RM3 (5GB selama tiga hari) adalah kadar yang berpatutan.

Pelan yang ditawarkan ini tersedia untuk semua pelanggan prabayar Celcom sedia ada serta pengguna baharu.

Hadiah tambahan!

Tidak terhenti disitu sahaja, Celcom menerusi tawaran tersebut turut memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan bertuah untuk memenangi belanja barangan keperluan harian percuma selama setahun dengan jumlah keseluruhan terkumpul bernilai RM500,000.

Peraduan berkenaan kini telah bermula sehingga 31 Julai ini dan terbuka kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom Xpax yang layak.

Pengguna hanya perlu melakukan transaksi seperti membeli pas internet, mendaftar pelan baharu atau membayar bil.

Maklumat lanjut berhubung pelan terbaharu, Celcom Xpax Truly Unlimited, orang ramai boleh melayari Celcom Xpax.