Seorang ibu yang juga penghidap kanser sanggup mengenepikan keperluan sendiri demi kelangsungan hidup anak palsi serebral (CP) di seluruh negara.
Zatul Hejanah Abdulila yang menghidap kanser payudara tahap empat, berkata, tidak pernah wujud erti 'sakit' dalam kamus hidupnya dalam memperjuangkan nasib golongan berkenaan apatah lagi beliau turut dikurniakan anak istimewa itu.
Menurut Zatul Hejanah merangkap Pengerusi Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP), beliau percaya sokongan perlu wujud dalam apa jua bentuk kerana cabaran terbesar memelihara anak CP adalah untuk memenuhi keperluan asas dan menyediakan kemudahan mengikut kesesuaian mereka bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai potensi yang optimum.
“Kesedaran rakyat Malaysia mengenai CP sangat rendah sehingga wujud pelbagai persepsi negatif kepada golongan ini. Walaupun bahagian otak anak CP yang cedera tidak boleh dirawat, bagaimanapun bahagian otak lain boleh dilatih untuk mengambil alih fungsi otak yang cedera.
“Rawatan awal untuk pemulihan dapat mengurangkan komplikasi CP dan berkemungkinan membolehkan individu CP lebih berdikari serta mempunyai kualiti hidup lebih baik pada masa hadapan. Ini termasuk terapi, rawatan alternatif dan penggunaan peralatan rehabilitasi serta alat bantuan lain.
“Menjaga anak CP adalah perjalanan seumur hidup yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan kewangan yang kukuh. Kos perubatan untuk anak CP mencecah 10 kali ganda berbanding anak normal,”katanya.
Mengulas mengenai anaknya, Dalili Sofiya Zulfikri yang juga menghidap CP, Zatul berkata, Dalili Sofiya atau mesra dipanggil Oya dikesan mengalami gangguan saraf sejak lahir.
Meskipun anak kedua ini sekarang berumur 12 tahun, namun perkembangan otaknya adalah pada usia enam tahun dan memerlukan lebih perhatian dari segi pembelajaran serta keperluan psikologi.
“Oya adalah sumber kekuatan saya dan melihat wajahnya membuatkan saya lupa akan kesakitan yang ditanggung. Jika berlaku sesuatu kepada saya, saya berharap keluarga termasuk masyarakat dapat menjaga Oya sebaik mungkin.
“Impian saya adalah untuk melihat masyarakat tidak mengasingkan anak CP ini selain berharap peluang pendidikan diberikan secara sama rata seperti anak-anak lain supaya kami sebagai ibu bapa tidak bimbang masa depan mereka,”katanya lagi.
Baru-baru ini, satu konsert amal ‘Art of Music’ anjuran sekumpulan siswazah Pengurusan Perniagaan (MBA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Graduate School of Business (UKM-GSB) diadakan bertujuan mengumpul dana menerusi jualan tiket yang disumbangkan kepada MyCP.
Dekan UKM-GSB, Prof. Madya Dr. Puan binti Yatim, berkata, konsert amal dengan kerjasama Pusat PERMATApintar® Negara, UKM ini juga dianjurkan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai CP.
“45 persembahan diadakan dalam masa tiga jam tanpa henti selain selingan perkongsian maklumat mengenai CP, Art of Music ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan penonton selain memberi nilai tambah kepada peserta yang membuat persembahan,”katanya.
Kemuncak persembahan adalah penampilan kanak-kanak yang menghidap CP yang menunjukkan bakat masing-masing dengan bercerita, menyanyi dan menggerakkan tubuh badan.
* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Shahmie Aiman Sabarudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
Awani Rangers
Sun Feb 10 2019
MyCP percaya sokongan perlu wujud dalam apa jua bentuk - Foto AWANI Rangers
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan