awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha kuih tradisional dibantu iklankan produk di laman sosial

Bernama
Bernama
20/04/2021
10:58 MYT
Pengusaha kuih tradisional dibantu iklankan produk di laman sosial
Mohd Huzaimy Che Husin (dua, kanan) beramah mesra dengan pengusaha akok dan nekbat terkenal, Ibrahim Yunus, 57, (kanan) pada Program Lawatan Pengusaha Kuih-Muih Kelantan di Kampung Merabang pada Selasa. - Bernama
BACHOK: Pengusaha kuih tradisional yang masih bertahan menaikkan ekonomi setempat termasuk di luar bandar akan diberi perhatian terutama dari segi bantuan pengiklanan dan kemudahan asas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Awam, Pembangunan Luar Bandar dan Integriti Kelantan Mohd Huzaimy Che Husin berkata berdasarkan pemantauannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas, ramai pembuat kuih gigih mengusahakan produk mereka biarpun permintaan berkurangan berbanding sebelum merebaknya wabak COVID-19.
"Pada bulan puasa ini, antara sokongan segera yang kami lakukan ialah membeli produk makanan yang dijual dan diagihkan kepada masyarakat supaya kelompok peniaga kecil ini tidak ketinggalan dan terus bersemangat untuk meneruskan perniagaan.
"Ada juga dalam kalangan mereka perlu dibantu dari segi promosi terutama bagi pengusaha dalam kalangan orang kampung yang tidak mahir mengiklankan secara dalam talian seperti perniagaan tuak sejuk beku, kita panjangkan perniagaan mereka menerusi laman sosial," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Lawatan Pengusaha Kuih-Muih Kelantan di Kampung Merabang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Huzaimy berkata perhatian diberikan kepada peniaga memandangkan mereka juga turut berperanan besar dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi setempat.
"Sehingga kini, kerajaan sudah membantu pengusaha kecil ini termasuk memberikan peralatan seperti mesin pengacau kuih di bawah peruntukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuih
#pengusaha tradisional
#ekonomi
#pengiklanan
#digital
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan