MELAKA: Bagi menampung permintaan buluh lemang yang tinggi dalam kalangan peniaga makanan tradisional itu, Zulazrai Zokapaly terpaksa meningkatkan bekalan buluh lemang daripada 35,000 batang pada tahun lepas kepada 60,000 batang tahun ini.
Zulazrai, 36, yang mengusahakan perniagaan menjual buluh lemang sejak lima tahun lepas berkata, tempahan buluh lemang berkenaan diperoleh dari Raub, Pahang itu setakat ini mampu memenuhi permintaan kira-kira 50 peniaga lemang di sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Muar serta Tangkak di Johor.
"Pada tahun lepas, kita mula menjual buluh lemang pada pertengahan Ramadan tetapi tahun ini kita mula jual pada awal Ramadan dan permintaan sangat tinggi berdasarkan tempahan diterima dan ia akan ditutup menjelang lima hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Setakat ini, 37,000 batang buluh lemang ditempah dan sebahagian peniaga akan mengambil bekalan secara berperingkat ... jumlah paling tinggi yang ditempah seorang peniaga adalah sebanyak 10,000 batang dan kita juga jual dalam kuantiti kecil," katanya ketika ditemui pemberita di pusat jualan buluh lemang di Pokok Mangga, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, anak jati Melaka itu berkata,setakat ini, sebanyak 20,000 buluh lemang diterima daripada pembekal menerusi dua kali penghantaran dan baki bekalan dijangka diterima dalam empat penghantaran secara berperingkat bermula Isnin ini.
Dari segi harga, katanya, setiap batang buluh lemang berkenaan dijual RM1.30 jika dibeli secara borong iaitu 1,000 batang ke atas, manakala bagi mereka yang ingin membeli dalam kuantiti kecil akan dijual pada harga RM1.50 sebatang.
Zulazrai yang mengusahakan jualan lemang buluh itu bagi menambah pendapatan sampingan bersempena dengan Aidilfitri berkata, buluh lemang dari Raub menjadi pilihannya kerana mempunyai kualiti yang lebih baik antaranya dari segi panjang buluh berkenaan lebih standard iaitu antara 17 hingga 18 inci.
"Sebelum ini, saya pernah dapatkan bekalan buluh lemang dari Kelantan dan Terengganu, namun saiznya lebih pendek antara 13 hingga 14 inci dan kurang mendapat permintaan dalam kalangan peniaga lemang," katanya yang turut mengusahakan pelbagai peniagaan lain seperti tebu dan produk kesihatan secara dalam talian.
Dia yang menyasarkan jualan kasar antara RM70,000 hingga RM80,000 pada tahun ini berkata, banyak risiko perlu dihadapi dalam mengusahakan perniagaan buluh lemang terutama cuaca panas yang boleh merosakkan buluh terbabit.
Katanya, dalam situasi semasa cuaca panas di Melaka, buluh lemang berkenaan akan disiram dengan air sekurang-kurangnya lima kali sehari bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan basah agar tidak merekah atau terbelah dua sekali gus mengurangkan keuntungan yang disasar.
Zulazrai berkata, buluh lemang yang diperoleh pada awalnya akan disusun dan diasingkan mengikut saiz panjang dan diameter serta kualiti sebelum diikat bagi memudahkan peniaga membelinya.
"Kebiasaannya daripada 10,000 batang buluh lemang yang sampai kepada kita, lebih 600 batang dikesan rosak dan pecah ... tidak boleh dipulangkan atau ditukar kerana kita beli secara borong," katanya yang turut menjual daun lerek yang digunakan dalam pembuatan lemang, pada harga 50 sen sehelai. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Zulazrai menyusun buluh yang telah dipilih dan diikat sebelum dijual ketika ditemui di pusat jualan buluh lemang itu di Pokok Mangga, Melaka, pada Ahad. - Gambar Bernama
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Redah hutan, randuk sungai demi buluh lemang
Meredah hutan berbukit sejauh lebih dua kilometer dan meranduk sungai bagi mencari buluh lemang menjadi rutin kepada Orang Asli suku Temiar, Jaminan Alang, 36, sejak empat tahun lepas terutama ketika
Peniaga buluh lemang tingkat bekalan tampung permintaan menjelang Aidilfitri
Zulazrai Zokapaly terpaksa meningkatkan bekalan buluh lemang daripada 35,000 batang pada tahun lepas kepada 60,000 batang tahun ini.