awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung

Bernama
Bernama
07/02/2026
23:10 MYT
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Perarakan penuh warna-warni anjuran Perbadanan Labuan, yang telah direhatkan lebih sedekad, menandakan kebangkitan semula budaya yang signifikan. - Bernama
LABUAN: Ribuan penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Kompleks Sukan Labuan malam ini bagi menyaksikan kembalinya acara yang sudah lama dinantikan iaitu Perarakan Tanglung sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini.
Perarakan penuh warna-warni anjuran Perbadanan Labuan itu, yang telah direhatkan lebih sedekad, menandakan kebangkitan semula budaya yang signifikan bagi pulau bebas cukai tersebut dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada komuniti setempat.
Sejumlah 50 kontinjen mengambil bahagian yang terdiri daripada pelajar pelbagai sekolah dan institusi teknikal, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, kampung serta Persatuan Kebudayaan Kadazandusun selain kumpulan komuniti setempat yang mempamerkan keharmonian berbilang budaya melalui kemeriahan paparan tanglung dan persembahan tersusun.
Acara itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang diiringi timbalannya, Datuk Lo Su Fui.
Kepulangan Perarakan Tanglung disambut meriah oleh penduduk setempat, yang kebanyakannya menyifatkan ia sebagai detik nostalgia yang penuh bermakna bagi kemuncak sambutan Hari Wilayah Persekutuan sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya Labuan dan semangat komuniti yang begitu utuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perarakan tanglung
#Labuan
#budaya
#komuniti
#Hari Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan