awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Periuk besar sempena perayaan Ponggal

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2013
16:01 MYT
Periuk besar sempena perayaan Ponggal
Pengunjung-pengunjung di Batu Caves, Selangor terpegun melihat periuk setinggi lebih 3 meter yang di gunakan sempena sambutan perayaan Ponggal oleh masyarakat India.
Antaranya, Ravi Chandran Shanmugen yang datang bersama seluruh ahli keluarganya berasa bangga kerana ini merupakan kali pertama perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh pihak penganjur.
“Selama 40 tahun saya hidup di Malaysia tidak pernah sekali pun saya melihat periuk sebesar ini,” dia berkata.
Acara yang terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam itu turut dirasmikan oleh Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel pada Ahad.
Menurut Palanivel, “Periuk besar dengan ketinggian lebih 3 meter ini mampu memuatkan 18,500 liter kapasiti susu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung terutamanya golongan muda supaya mereka lebih mengetahui erti perayaan Ponggal.”
Ponggal dalam bahasa Tamil bererti ‘melimpah-ruah’ yang kebiasaannya diraikan oleh masyarakat Tamil pada pertengahan bulan Januari. Ia bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara.
Sering kali perayaan ini diraikan di sekitar rumah dan secara tertutup bersama keluarga , namun pada tahun ini seluruh masyarakat Tamil dapat berkongsikan kemeriahan di Batu Caves dengan bekalan susu yang mencukupi.
Menurut jurucakap jawatankuasa Kuil, Vesnevathan Suphia periuk besar ini juga bakal disenaraikan dalam ‘Malaysian Books Of Records’ bagi tahun 2013.
“Kami berharap sambutan begini dapat diteruskan bagi tahun akan datang supaya lebih ramai akan lebih berminat untuk datang ke kuil,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#Datuk Seri G. Palanivel
#Ponggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan