KUALA LUMPUR:
Malaysia perlu bertindak segera menandatangani Perjanjian Marrakesh atau 'Marrakesh Treaty' bagi memberi kemudahan akses kepada pelbagai bahan bacaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sekali gus memperkasa golongan itu.
Ketika negara seperti Kemboja, Indonesia, Thailand, Singapura dan 67 buah negara lain telah menjadi ahli dengan menandatangani perjanjian berkenaan, Malaysia sehingga kini masih belum ada 'kata putus' ke arah merealisasikan perkara itu.
Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Marrakesh akan menikmati keistimewaan akses maklumat bagi karya seperti braille, audio, large print dan format digital tanpa sempadan serta mengurangkan jurang akses pendidikan untuk OKU.
Ia antara lain turut memperbanyak jumlah koleksi buku di dunia bagi kegunaan OKU penglihatan, menerbitkan bahan bacaan boleh akses tanpa melanggar undang-undang hak cipta serta mewujudkan kerjasama strategik antara empunya, penerbit, pengguna dan pengendali perkhidmatan karya hak cipta.
Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Dr Ahmad Shamsuri Muhamad berkata sudah tiba masanya Malaysia mengambil langkah kehadapan dalam menangani isu 'kehausan' maklumat OKU penglihatan di negara ini.
Kesatuan Orang Buta Dunia (WBU) pada 2013 menyatakan berjuta-juta buku diterbitkan di seluruh dunia setiap tahun namun hanya antara satu hingga tujuh peratus daripada buku-buku itu disediakan untuk 285 juta orang yang buta sepenuhnya, penglihatan terhad dan mereka yang mempunyai masalah membaca tulisan bercetak.
"Isu Perjanjian Marrakesh adalah yang paling relevan sempena sambutan Hari Braille Sedunia 2021 bahkan WBU dalam laman sesawangnya https://worldblindunion.org/ turut menggesa semua negara untuk meratifikasi dan melaksanakan Perjanjian Marrakesh yang memungkinkan pengedaran braille dan bahan bacaan lain yang dapat diakses tanpa ancaman pelanggaran hak cipta.
"Ini adalah kaedah terbaik untuk memastikan bahawa braille tetap relevan seiring teknologi baharu. Ia juga amat penting memandangkan di negara-negara yang kurang maju, pengeluaran braille memerlukan kos yang tinggi sehingga membataskan ketersediaan bahan bacaan untuk OKU penglihatan," katanya kepada Bernama merujuk kepada perkongsian di laman sesawang berkenaan.
WBU dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) telah menandatangani Perjanjian Marrakesh pada 27 Jun 2013 dan perjanjian ini telah berkuatkuasa pada 30 September 2016.
Perjanjian ini berteraskan prinsip hak asasi manusia yang dianjurkan dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak-hak OKU.
Ahmad Shamsuri menambah, badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili OKU penglihatan telah terlibat dalam sesi dialog bagi membincangkan persediaan kemasukan Malaysia sebagai ahli di dalam Perjanjian Marrakesh pada 12 April 2018 anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
"Rentetan daripada itu, MyiPO bersama WIPO dan Persekutuan Antarabangsa dan Persatuan Institusi Perpustakaan (IFLA) telah menganjurkan 'Seminar Kebangsaan Trity Marrakesh' di Malaysia pada 28 Ogos 2018 untuk memberi penerangan kepada pihak berkepentingan bagi memastikan penyertaan Malaysia ke dalam perjanjian itu dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan.
"Meskipun beberapa langkah telah dipersetujui hasil daripada seminar itu namun sehingga hari ini masih tiada perkembangan positif berhubung pelaksanaannya," katanya.
Mengambil contoh kekangan beliau sendiri yang merupakan OKU penglihatan buta sepenuhnya, Ahmad Shamsuri berkata bahan bacaan dalam bentuk braille merupakan 'aset' penting beliau sehingga berjaya ke peringkat seperti hari ini.
"Bahan bacaan dalam bentuk tulisan braille sememangnya banyak membantu saya sejak kecil sehingga ke peringkat bergelar Doktor Falsafah. Melalui pengalaman sendiri tidak dinafikan apabila terdapat kekangan mendapatkan bahan bacaan, ia memang menjadi halangan untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan seperti orang lain.
"Sama juga apabila saya mengajar penuntut yang normal. Mereka menggunakan buku teks dalam bentuk cetakan dan saya terlebih dahulu perlu 'khatam' isi kandungan buku itu. Apa yang berbeza saya perlu mendapatkan buku teks itu dalam bentuk tulisan braille bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.
"Dalam hal ini jika kita menandatangani Perjanjian Marrakesh, sekiranya buku tulisan braille yang diperlukan ada di mana-mana negara sebagai contoh di Amerika Syarikat, kita boleh mengimport buku berkenaan bagi tujuan pinjaman," jelasnya.
Menjelaskan perlu adanya pindaaan terhadap beberapa perkara dalam Akta Hak Cipta 1987 bagi merealiasikan hasrat menyertai Perjanjian Marrakesh, Ahmad Shamsuri berkata ia terutamanya berkaitan bahan bacaan yang diimport dan dieksport serta yang mahu dipindahkan ke dalam bentuk tulisan braille.
Katanya tiada masalah bagi memindahkan bahan bacaan domestik ke dalam bentuk tulisan braille namun bagi bahan bacaan yang diimport dan juga yang dieksport ke negara luar, akta itu mungkin perlu diperhalusi bagi tujuan penambahbaikan serta memberi manfaat kepada OKU penglihatan di negara ini.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia Silatul Rahim Dahman berkata kewujudan pelbagai bahan bacaan dalam bentuk braille banyak membantu komuniti OKU penglihatan dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan sosio-ekonomi.
Berharap agar lebih banyak agensi khususnya penyedia perkhidmatan tidak memandang remeh akan perkara itu, beliau berkata usaha perlu dipergiat bagi menyediakan maklumat yang lebih mesra OKU penglihatan dalam format abjad braille atau format lain yang boleh diakses golongan itu.
"Ini dapat membantu meringankan bebanan OKU penglihatan yang dianggarkan seramai 50 ribu orang untuk mengakses kepada maklumat lebih-lebih lagi ketika negara berhadapan krisis pandemik COVID-19 dan hampir majoriti maklumat beralih kepada digital atau secara dalam talian.
"Kami juga berharap agar agensi-agensi penyedia perkhidmatan dapat membangunkan laman sesawang yang mesra OKU penglihatan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh World Web Consortium sebagai contoh menyediakan penerangan dalam bentuk teks dan audio bagi semua imej dan infografik kerana perisian pembaca skrin tidak dapat membaca imej dan infografik secara sepenuhnya.
"Di samping itu, perkhidmatan dalam talian seperti permohonan bantuan, kemasukan ke pusat pengajian, transaksi kewangan, aktiviti perniagaan serta segala bentuk permohonan dan semakan dalam talian perlu mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh pengguna yang tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar," katanya.
Beliau pada masa sama mencadangkan agar satu sistem sokongan alternatif dibangunkan bagi semua perkhidmatan dalam talian yang masih belum mesra OKU.
"Antaranya termasuklah menyediakan pusat panggilan telefon yang membolehkan warga OKU penglihatan berhubung terus dengan pusat ini untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan bagi isu yang sewajarnya," katanya.
RUANGAN SISI
HARI BRAILLE SEDUNIA
Braille merupakan sistem tulisan berasaskan sentuhan yang digunakan secara meluas oleh masyarakat dunia khususnya bagi OKU penglihatan.
Ianya telah dicipta oleh seorang lelaki Perancis bernama Louis Braille, yang lahir pada 4 Januari 1809 dan hilang penglihatan disebabkan kemalangan semasa kecil.
Sistem tulisan braille terdiri daripada sel yang mempunyai enam titik timbul yang mana gabungan-antara titik-titik berkenaan akan menghasilkan abjad, nombor, tanda baca dan simbol-simbol bagi bidang tertentu seperti matematik dan muzik.
PBB telah mengisytiharkan bahawa 4 Januari setiap tahun adalah Hari Braille Sedunia bersempena tarikh kelahiran Louis Braille.
Artikel ini sempena sambutan Hari Braille Sedunia yang disambut pada 4 Januari setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Hari Braille Sedunia disambut pada 4 Januari setiap tahun.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
KKM perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan, dicetak dalam Braille
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan inisiatif Label Ubat Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bagi membantu golongan itu dalam urusan pengambilan ubat di fasiliti kesihatan.
Braille: Titik-titik yang menyinari kehidupan OKU penglihatan
Braille terbukti membantu kejayaan baik dari aspek sosio-ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan juga politik.
Tilawah Al-Quran: OKU penglihatan mahu bersaing peringkat lebih tinggi
Sebelum ini, katanya, pertandingan tilawah Al-Quran Braille hanya diadakan di pusat pengajian Pertis di Seberang Takir, Kuala Nerus dalam skala kecil.