awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan kiriman doa melalui 'Valet Doa' dapat kecaman orang ramai

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/02/2017
01:30 MYT
Perkhidmatan kiriman doa melalui 'Valet Doa' dapat kecaman orang ramai
Netizen persoal tindakan pengasas perkhidmatan ini 'membuat duit' dengan cara sebegini.Foto/Facebook Valet_Doa
SEBUAH laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu, Valet_Doa, mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.
Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.
Antara pakej tersebut adalah Pakej King Salman dan Pakej VVIP.
Menurut penjelasan pemilik akaun terbabit, Nasrin Harin, atau Haji Arin, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana.
Tambahnya lagi, pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.
Netizen, bagaimanapun nyata tidak senang dengan kewujudan perkhidmatan berkenaan.
So apparently, you can now hire someone to read doa and pray for you in Mecca? It's called Doa Valet. This is the worst. pic.twitter.com/F8XllM8qf4
— nalisa alia amin (@nalisaaa) February 14, 2017
The valet doa thing right now is the stupidestttt thing Ive ever read in my whole life! Dont you ever trust this gila one /p>— Nabila Kamal (@nabilamosk) February 14, 2017
valet doa ni by far is the worst penjual agama yang aku nampak orang share kat internet ni. godlike habis dia punya penunggangan tu.
— Hikaru Yui (@hikaru875) February 14, 2017
Wahai org islam, pls jangan percaye. Doa anda terus aja pada Allah. Tkya nk pakai valet service semua. Ingat, Allah knows best. #worried pic.twitter.com/8nytccbJ2q
— fizzydrinks (@fizzyizhafiz) February 14, 2017
Valet doa dan RM33k untuk mengaji atas private jet - Rasulullah saw sudah beri amaran pada kita ttg mereka yang jual agama pic.twitter.com/HzjrGjTZkM
— Dr. Afif Bahardin (@afifbahardin) February 14, 2017
Valet Doa pulak dah sekarang ni. Teringat ayat dalam Surah Al Baqarah yang aku baca. Hadamkan untuk semua perkara. pic.twitter.com/VLIz0lW6Cu
— nina (@Amaninaalwani) February 14, 2017
Dulu orang nak ke mekah tanya volunteer aje kalau ada hajat nak tolong doa depan kaabah. Sekarang: Valet Doa.
— Encik Khalid (@_Acat_) February 14, 2017
Valet Doa. Perkhidmatan membacakan kiriman doa di Makkah. Kegilaan apakah ini. اااساكماpic.twitter.com/5L040znpVH
— Athirah / Marhaen (@taroathirah) February 14, 2017
Ramai yang menyifatkan ia sebagai keterlaluan memandangkan kiriman doa yang biasa dilakukan masyarakat Islam yang tidak berkesempatan ke Mekah sebelum ini, dianggap sebagai pertolongan sesama Islam dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengaut keuntungan.
Penggunaan istilah valet juga mendapat kritikan kerana ia seolah-olah menggambarkan taraf kemewahan, selain memberi tanggapan doa itu dijamin akan dimakbulkan.
Astro AWANI sedang berusaha untuk mendapat pendapat pakar agama berkenaan isu ini.
Topic Berkaitan
#kirim doa
#Mekah
#Tanah Suci
#Tular
#Valet Doa
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan