KOTA BHARU: Pertandingan ayam ratu akan mengisi acara tahunan kalendar pelancongan negeri Kelantan bermula tahun hadapan sebagai satu inisiatif baharu tarikan pelancong ke negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata pertandingan itu sangat sinonim dengan rakyat di negeri berkenaan yang kebanyakannya menjadikan aktiviti terbabit sebagai hobi.
"Saya tengok pertandingan ini mempunyai potensi yang besar untuk menarik pengunjung ke Kelantan. Tambah lagi, hobi ini sudah menjadi tradisi rakyat Kelantan khususnya dan negeri-negeri lain.
"Saban tahun program pertandingan ayam ratu biasanya dianjurkan oleh persatuan tertentu dan saya melihat acara ini boleh dikembangkan oleh kerajaan negeri memandangkan peminatnya yang ramai di seluruh negara termasuk dari Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Ayam Ratu Antarabangsa di sini pada Sabtru.
Pertandingan membabitkan 102 ekor ayam ratu itu disertai peminat dari seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Kedah, Terengganu, Perak selain penyertaan dari selatan Thailand dan dimenangi peserta dari Terengganu dengan ayamnya yang diberi gelaran "Mongkut".
Kamarudin berkata bagi menjayakan program itu, kerajaan negeri akan menganjurkan beberapa acara pertandingan ayam ratu tahun hadapan, selain melancarkan promosi secara besar-besaran bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peminat Ayam Ratu Kelantan (PARK) Kamaruzaman Hassan berkata sokongan yang dizahirkan kerajaan negeri itu sangat dinanti-nantikan penggemar ayam ratu di negeri ini dalam usaha memelihara seni warisan budaya tradisional masyarakat Kelantan.
Beliau berkata usaha itu juga akan menyemarakkan lagi kesinambungan tradisi berkenaan kepada generasi baharu dan pada masa sama, memberi peluang kepada rakyat untuk menjadikan hobi itu sebagai satu industri yang boleh menjana pendapatan.
Sementara itu, pemilik Mongkut, Roshairi Izwan Sulaiman, 36, berkata ayam baka Leung Hang Khao (LHK) kesayangannya itu sudah banyak kali mahu "disunting" peminat ternakan berkenaan dengan tawaran harga sehingga mencecah RM18,000.
"Ramai yang berminat memiliki Mongkut, namun saya tidak berhasrat menjualnya kerana bagi saya 'dia' sangat istimewa dan banyak membawa tuah kepada saya.
"Sudah empat tahun saya bela Mongkut dan ayam ini sudah seperti 'sahabat' yang saya jaga dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, Mongkut menang lagi hari ini," katanya dan menambah Mongkut turut mendapat tempat pertama bagi kategori LHK dewasa berdasarkan penilaian terhadap kecantikan balung, paruh, sayap, ekor dan kaki.
Sebelum ini, katanya Mongkut sudah beberapa kali diangkat sebagai pemenang dalam pertandingan sama yang diadakan di Thailand dan turut menjuarai piala diraja negara itu.
"Penyertaan Mongkut dalam pertandingan ayam ratu bukanlah untuk mengejar hadiah atau ganjaran semata-mata, tetapi lebih kepada 'mencipta nama' bagi memberi nilai harga yang lebih lumayan kepada baka yang dibiakkan haiwan itu," katanya.
Setakat ini, dia berkata baka yang dihasilkan Mongkut mendapat permintaan tinggi dengan harga bermula RM500 bagi seekor anak ayam yang berusia dua bulan dan pernah terjual ke Kuwait dan Indonesia.
Menurut Roshairi Izwan, dia mula minat membela ayam sejak berusia 10 tahun dengan memelihara ayam serama sebelum beralih kepada ayam ratu bermula 2016.
Katanya, setakat ini dia memiliki kira-kira 40 ekor ayam ratu dengan kos belian keseluruhan melebihi RM20,000 yang diusahakan di tanah berkeluasan 0.2 hektar bersebelahan rumahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Pertandingan ayam ratu sangat sinonim dengan rakyat di negeri berkenaan yang kebanyakannya menjadikan aktiviti terbabit sebagai hobi. - Foto BERNAMA
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Pertandingan ayam ratu isi kalendar pelancongan Kelantan
Pertandingan itu sangat sinonim dengan rakyat di negeri berkenaan yang kebanyakannya menjadikan aktiviti terbabit sebagai hobi.