SEORANG kanak-kanak berusia 11 tahun yang disahkan menghidap kanser pada Ogos mencabar diri sendiri untuk menerima kad Krismas daripada orang ramai dari kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.

Ryan Durant memulakan cabaran itu di laman Facebooknya pada awal Disember menerusi hashtag #Rally4Ryan dan #50StateChallenge.

Tanpa berharap ia akan menjadi viral, sasaran awal Ryan cukup 'modest' dia hanya mengharapkan 10 keping kad sahaja.

Dengan pengaruh media sosial, Ryan menerima 3000 kad daripada kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat dan 29 negara.

Ryan's 50 State Challenge!Have you heard about this yet? Our incredible family had a great idea to get people from...

Posted by Rally4Ryan on

Kejayaan ini dikongsi oleh ibunya, Jenny Durant yang memuat naik satu kenyataan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengirim kad-kad yang diterima anaknya itu.

“Kami membaca setiap nota, mesej dan kata-kata semangat anda. Kami amat berbesar hati untuk membaca kisah anda semua dan belajar tentang keluarga anda.

“Melihat senyuman di wajah Ryan, ianya sungguh berharga,” kata Jenny.


Ryan mendapat tahu beliau menghidap kanser dua minggu selepas musim persekolahan dibuka semula pada Ogos. Sejak itu, Ryan kerap ke MUSC untuk mendapatkan rawatan.

Beliau dijangka akan berpindah hospital pada bulan Januari di North Carolina iaitu bulan yang sama sempena sambutan hari jadinya.

Ibunya juga menyeru orang ramai untuk terus menghantar kata-kata semangat atau jenaka kepada Ryan sempena hari jadinya pada 15 Januari depan.