awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pipe band dari Malaysia muncul juara kejohanan dunia

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2019
14:57 MYT
Pipe band dari Malaysia muncul juara kejohanan dunia
Sri Dasmesh Pipe Band dinamakan juara bagi kategori Gred 4B. - Foto/Jesmesh Singh
SEBUAH kumpulan pancaragam dari Malaysia muncul juara di Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, yang berlangsung pada Sabtu.
Sri Dasmesh Pipe Band dinobatkan sebagai juara bagi kategori Gred 4B 'drumming' dan 'best parade'.
Mereka mencatat markah tertinggi keseluruhan selain muncul sebagai pasukan perarakan terbaik.
Pencapaian cemerlang di Glasgow itu adalah hasil latihan keras demi memberikan yang terbaik untuk bersaing dalam pertandingan tersebut.
Ini merupakan kali kedua band tersebut mengambil bahagian dalam siri kejohanan dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Band Paip Diraja Scotland itu.
Anggota band bergambar bersama trofi yang dimenangi. - Kredit Jesmesh Singh
Anggota band bergambar bersama trofi yang dimenangi. - Kredit Jesmesh Singh
"Kami mahu memberi peluang kepada anak muda di Malaysia untuk bermimpi dan mencapai impian mereka.
"Ini menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai pemuzik bertaraf dunia, " kata wakil kumpulan itu, Tripert Singh.
Tripert juga menganggap kemenangan mereka sebagai hadiah untuk Hari Kemerdekaan negara yang ke-62, bulan ini.
Kira-kira 8,000 pemain yang menganggotai 195 kumpulan menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.
Selain Malaysia, 13 negara negara lain yang turut bertanding ialah New Zealand, Australia, Kanada, Austria, Switzerland, Eire, Amerika Syarikat, Belgium, England, Sepanyol, Ireland Utara dan Scotland.
Sri Dasmesh yang mengambil nama sempena Guru Sikh yang kesepuluh, ditubuhkan pada tahun 1986 adik-beradik, Sukdev Singh dan Harvinder Singh.
Topic Berkaitan
#Glasgow
#Harvinder Singh
#Kejohanan Pipe Band Dunia
#Malaysia
#Persatuan Band Paip Diraja Scotland
#pipe band
#Scotland
#Sri Dasmesh Pipe Band
#Sukdev Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan