awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/06/2020
06:45 MYT
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Menerusi laman Twitter, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa untuk ayahanda baginda. - Foto Twitter @jihanabdullah27
SATU dunia menyambut Hari Bapa hari ini dan di Malaysia, hari istimewa itu turut disambut meskipun negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Di media sosial, ratusan malah mungkin ribuan ucapan diungkap buat bapa-bapa di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan puteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan sama.
Menerusi laman Twitter, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda:
“Happy Father’s Day. Love you.”
Dalam ciapan sama, baginda turut berkongsikan gambar ketika kecil, sedang memegang botol susu dan dipangku ayahanda baginda, Al-Sultan Abdullah.
Happy Father's Day love you pic.twitter.com/zLe9zsXyT5
— T P J (@jihanabdullah27) June 21, 2020
Ciapan itu mendapat lebih 1,000 ulang ciap dan 13,200 tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Kebanyakannya memuji ketampanan Al-Sultan Abdullah dan wajah comel Puteri Jihan Azizah ketika masih kecil.
“Hensem betul tuanku sultan..” ciap seorang pengguna Twitter, Muaz Bin Mohd manakala seorang lagi pengguna, @fasyabdullah pula menulis: “comelnya tengku”.
Pengguna menggunakan nama @cadibang pula menulis: “alahai dari kecil dah comel...besar-besar dah cantik…”
Dalam pada itu, seorang lagi puteri Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula menzahirkan ucapan Hari Bapa secara umum, ditujukan untuk semua bapa.
“Happy Father’s day to all fathers, single mothers and all father figures. We appreciate all your sacrifices (Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, ibu tunggal dan semua tokoh bapa. Kami menghargai semua pengorbanan anda),” ciap baginda.
Happy Fathers day to all fathers, single mothers and all father figures We appreciate all your sacrifices
— TPA (@tengkuafzan1) June 21, 2020
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah
#Azizah
#Malaysia
#Media
#media sosial
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Puteri
#Twitter
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan