awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qariah Farhatul Fairuzah kini bergelar ibu, selamat bersalin anak sulung lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2025
00:20 MYT
Qariah Farhatul Fairuzah kini bergelar ibu, selamat bersalin anak sulung lelaki
Farhatul Fairuzah melahirkan anak pertama lelaki pada Selasa, 9 Rabiulawal 1447H bersamaan 2 September 2025.- Foto Sinar Harian
TAHNIAH diucapkan buat qariah dan pendakwah, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang kini bergelar seorang ibu selepas melahirkan anak sulungnya pada Selasa.
Beliau yang mesra disapa Farha berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram.
"Alhamdulillah, dengan rasa syukur Farha telah melahirkan anak pertama lelaki pada 9 Rabiulawal 1447H bersamaan 2 September 2025.
"Bertambah seorang umat Rasulullah pada bulan yang mulia Rabiulawal.
"Doakan agar anak ini membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.
"Semoga dia menjadi asbab umat mencintai Allah dan Rasul. Doakan juga agar Farha dan suami dapat menjaga amanah ini sebaik mungkin. Amin, mudah-mudahan," kongsinya.
View this post on Instagram
A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah)
Juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 terdahulu diijab kabul dengan suaminya, Ustaz Mohammad Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka pada Disember 2024.
Farhatul yang memegang Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Sunnah terdahulu muncul sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017).
Beliau juga menerima tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Farhatul Fairuzah
#kelahiran
#Bayi Sulung
#qariah Tilawah al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan