SAMSUNG melancarkan Samsung Galaxy Note 20 dan Note 20 Ultra yang bagus digunakan untuk kemudahan bekerja dan bermain.
Sebagai pengguna tegar iPhone, apa yang suka mengenai Note 20 ini adalah fungsi S Pen.
Nak cepat hantar message, tak payah buka keyboard nak type, pakai S Pen memberi pengalaman seperti menulis di atas kertas.
Katanya S Pen kali ini tak sama seperti dahulu.
S Pen ini lebih cepat dengan kependaman dikurangkan sehingga 26ms pada Note 20 dan 9ms pada Note 9 dan dengan kemudahan penunjuk AI, menulis dengan Note 20 dikatakan tidak lagging atau lambat sedikit seperti dahulu.
S Pen atau dikenali sebagai magic wand, kini datang dengan fungsi arahan baharu, membolehkan kita mengawal peranti menggunakan pen bluetooth ke hadapan (home), kembali (back), terkini (recent), pilih pintar (smart select), dan screenshot.
Apa menarik tentang Samsung Notes?
Samsung memperkenalkan fungsi baharu Note 20 dan Note 20 Ultra yang boleh memudahkan anda mengambil nota.
Samsung Notes membolehkan anda merakam audio sambil menulis nota, kemudian memain semula rakaman itu untuk membantu memahami, atau mencari semula di mana anda tinggal pada penulisan terakhir.
Fungsi ini sangat berguna lagi-lagi bagi mereka yang menjalani gaya hidup yang pantas dan tiada masa untuk mencari balik nota, satu persatu, seperti saya.
Bagaimana kualiti kamera Note 20 dan Note 20 Ultra?
Ini merupakan bahagian yang paling penting untuk Note 20!
Yang paling menarik mengenai fungsi kamera kedua-dua model Note 20 ini ialah fungsi rakaman video yang datang dengan fungsi Video Pro Mode.
Fungsi itu membenarkan pengguna memilih sumber audio daripada tiga lokasi, hadapan peranti, belakang, dan default.
Video turut boleh disambungkan kepada alat pendengar tanpa wayar (bluetooth earphones) bagi membolehkan suara audio dirakam dengan jelas dari jarak yang jauh.
Bagi keupayaan kualiti merakam video pula, kedua-dua model mampu merakam video 8K, disertai fungsi Space Zoom bagi Note 20 Ultra dengan kadar kelajuan zoom 50x, manakala Note 20 kadar kelajuan zoom 30x.
Bagi Note 20 Ultra, ia datang dengan tiga kamera, kamera utama 108 megapixel (MP), kamera ultra-wide dan kamera periskop 12MP, serta kamera hadapan 10MP.
Note 20 pula datang dengan kamera utama 12MP bersama fungsi auto fokus, kamera ultra-wide 12MP, kamera telefoto 64MP, dan kamera hadapan 10MP.
Inilah rupa Note 20 dan Note 20 Ultra
Note 20 Ultra datang dengan tiga pilihan warna Mystic Black, Mystic Bronze, Mystic White dengan S Pen ditukar ke sebelah kiri peranti.
Bahagian belakangnya lebih licin atau slick berbanding dengan Note 20 yang menggunakan kaca-plastik (glasstic) dengan warna Mystic Bronze, Mystic Green, Mystic Grey.
Kedua-dua variasi itu dilengkapi dengan kemudahan stylus S Pen yang ditambah baik daripada variasi Note sebelum ini.
Note 20 Ultra dilengkapi dengan rangkaian 5G dan memaparkan skrin sentuh 6.9" Quad HD+ Dynamic AMOLED 2x display yang boleh didapati secara pesanan awal bermula 6 Ogos 2020 pada harga RM5,199.
Bagi model Note 20 yang memaparkan skrin bersaiz 6.7" Super AMOLED display skrin rata datang dengan dua pilihan rangkaian internet, Note 20 LTE pada harga RM3,899, dan Note 20 5G pada harga RM4,299.
Saraya Mia
Fri Aug 07 2020
Samsung Galaxy Note 20 menjanjikan pengalaman merakam video dengan lebih hebat.
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Rakam Video Lebih Profesional Dengan Note 20
S Pen yang lebih pantas dan Video Pro Mode yang menjanjikan pengalaman merakam video yang lebih hebat.