awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari 2026
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat mahu gabungan stabil seperti GPS - Fatimah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
21/11/2021
06:23 MYT
Rakyat mahu gabungan stabil seperti GPS - Fatimah
Kata Fatimah, perjalanan dan perkara yang baik sepanjang PRN Melaka wajar dijadikan teladan termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
KUCHING: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam adalah satu indikator bahawa rakyat mahu satu gabungan yang stabil untuk mentadbir negeri itu.
Menurut Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fatimah Abdullah pola pengundian bagi PRN Sarawak juga dilihat akan memihak kepada gabungan yang mempunyai kepimpinan jelas dan holistik seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Melihat kepada keputusan PRN Melaka, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau mana-mana parti daripada semenanjung tidak akan berpeluang menguasai Sarawak apatah lagi UMNO, MIC, atau MCA yang tidak pernah bertanding di negeri ini.
“Persefahaman tidak bertulis itu telah dihormati sejak sekian lamanya walaupun hari ini parti semenanjung yang lain seperti PKR dan DAP masih mahu berentap, GPS terima seruan dan akan berjuang sehabis baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, jelas Fatimah, perjalanan dan perkara yang baik sepanjang PRN Melaka wajar dijadikan teladan termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Beliau juga mengajak semua calon parti supaya mengamalkan kempen secara matang dan profesional dengan identiti seorang wakil rakyat.
"Jangan ada budaya tuduh menuduh, menghina atau memburukkan serta mengutamakan parti dalam suasana perjuangan harmoni," katanya.
Tegas penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat itu juga, GPS di bawah pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai rekod yang sangat cemerlang dalam menjamin dan menjaga kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#pola pengundian
#GPS boleh menang
#Fatimah yakin menang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan