KUALA LUMPUR: Menerusi satu lagi pencapaian yang menakjubkan dari segi ketahanan dan keazaman, ratu cantik Malaysia Datin Harveen Kaur berjaya menawan Puncak Mera yang merupakan penaklukan keduanya dalam tempoh tujuh bulan namun hilang jari ketiga akibat luka beku.
Terletak di tengah-tengah Banjaran Himalaya di Nepal, Puncak Mera yang berada di ketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberikan cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
Diiringi malim gunung etnik Sherpa, Harveen Kaur, 44, memulakan perjalanan yang sukar itu dan berjaya sampai ke puncak pada 11 April lepas.
Pencapaian itu menyusuli pendakian bersejarahnya di Gunung Kilimanjaro, puncak tertinggi di Afrika, di mana dia berjaya tiba ke Puncak Uhuru yang berketinggian 5,895 meter pada 24 Sept tahun lepas.
Pencapaian luar biasa Harveen Kaur di Gunung Kilimanjaro membolehkan namanya tercatat di dalam Malaysia Book of Records sebagai 'Ratu Cantik Pertama Berjaya Sampai ke Puncak Gunung Kilimanjaro.'
Bagaimanapun, pendakian ke Puncak Mera memberikan cabaran yang jauh lebih hebat.
Selain terpaksa bertahan ketika suhu menjunam sehingga negatif 25 darjah Celsius, Harveen Kaur berdepan cabaran pahit pengalaman mendaki gunung beraltitud tinggi apabila kehilangan jari ketiga tangan kiri akibat luka beku.
"Ia terlalu sejuk," katanya selepas kembali ke Malaysia ketika mengimbau kembali kesulitan yang dialami ketika mendaki puncak itu.
Enggan terus mengingati peristiwa pahit itu, Harveen Kaur sudahpun meletakkan sasaran untuk menakluki gunung lain pada Disember ini.
Selepas pencapaiannya dalam dunia pertandingan ratu cantik, yang menyaksikan beliau merangkul gelaran Mrs Malaysia World pada 7 Sept 2017, Harveen Kaur terus memberi inspirasi dengan semangat pengembaraan dan kemahuan yang jitu untuk menawan puncak baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Enggan terus mengingati peristiwa pahit itu, Harveen Kaur sudahpun meletakkan sasaran untuk menakluki gunung lain pada Disember ini. - Bernama
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Ekonomi APEC dijangka berkembang pada kadar sederhana - Laporan
Menurut laporan tersebut, keadaan ekonomi sederhana itu mencerminkan ketidaktentuan yang berpunca daripada perlindungan dalam perdagangan, tekanan inflasi berterusan dan ketegangan geopolitik.
KUSKOP sedia RM2 juta rancakkan program JEJAK 2024
Insentif itu juga sebagai persediaan koperasi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka menarik 26.1 juta pelancong.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.