SHAH ALAM: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sudah mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan susulan isu kekurangan doktor.
Dr Dzulkefly berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk berbuat demikian.
"Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Namun ditegaskan, saya telah mengarahkan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan supaya segera menempatkan kembali doktor pelatih ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
"Langkah-langkah tambah baik jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di platform X pada Khamis.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengulas mengenai gambar tular maklumat di sebuah papan kenyataan yang memaklumkan tentang kekurangan doktor yang didakwa berlaku di sebuah hospital di Kulim, Kedah.
Menerusi kenyataan itu, pihak hospital turut meminta maaf kerana masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan mungkin mengambil masa lebih lama iaitu sehingga lima jam.
"Doktor kami kerja sampai naik pengsan. Lapan (doktor) sakit masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta.
"Kami ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf," kata kenyataan tersebut.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 16 2024
Menurut Dr Dzulkefly, langkah-langkah tambah baik jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksanakan. - Gambar fail/Bernama
AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam
AGC menolak representasi dikemukakan seorang jurutera teknologi maklumat bagi menggugurkan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik menghina agama Islam.
Peguam bantah tindakan pegawai penyiasat kes Zayn Rayyan
"Kami membantah tindakan pihak penyiasat menggunakan Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950 kerana ia tidak relevan langsung, mengambil pengakuan salah di hadapan Majistret," kata Peguam, Fahmi Abd Moin.
AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun
AGC akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Tun Daim dan keluarganya berhubung tindakan SPRM membekukan akaun bank mereka.
Pembantu penguat kuasa JPJ didakwa terima suapan RM3,300
Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300 pada 2017 dan 2018.
Tiga bantahan dibuat oleh peguam-peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Peguam-peguam yang mewakili ibu bapa arwah Zayn Rayyan kemukakan tiga bantahan iaitu tidak dimaklumkan lebih awal mengenai prosiding secara tertutup, tiada peruntukan khusus dan permohonan hari ini akan menjejaskan pembelaan pada masa hadapan
Kelayakan Piala Dunia: Pemain naturalisasi berkualiti kunci kejayaan Indonesia
Dalam tiga tahun terakhir Indonesia sudah memiliki 13 pemain naturalisasi yang bermain di liga Eropah.
Malaysia garis tiga perkara utama demi kemerdekaan Palestin
Malaysia menggariskan tiga perkara yang perlu menjadi keutamaan warga dunia dalam memastikan konflik di Palestin diselesaikan dengan segera.
Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah
Bantahan dilakukan atas alasan polis cuba menggunakan akta tidak relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan untuk prosiding tersebut.
Biden hormat proses kehakiman,terima keputusan kes anak
Susulan Hunter Biden didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah, presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam satu kenyataan bertulis berkata bahawa beliau dan keluarga menerima keputusan kes itu.
Empat maut dalam kemalangan di lebuhraya PLUS
Empat maut dalam nahas membabitkan kereta BMW dan treler di KM 123.8 Lebuhraya PLUS arah selatan. Mangsa termasuk tiga wanita Vietnam dan pemandu lelaki tempatan.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.