DENGAN perjalanan rentas negeri dibenarkan, sektor pengangkutan awam khususnya penerbangan, mula menawarkan pelbagai promosi menarik bagi menampung permintaan yang pastinya semakin meningkat.
Malaysia Airlines menawarkan tambang serendah RM59 sehala dan diskaun sehingga 50 peratus untuk pakej MHholiday, sementara AirAsia menawarkan tambang rendah dari RM12 bagi penerbangan dari beberapa lokasi.
SYARIKAT PENERBANGAN
Malaysia Airlines
Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan serendah RM59 sehala serta diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej MHholiday sempena dengan kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan.
Pelanggan dapat menikmati tambang Economy Lite dari hanya RM59 semua dalam satu ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia dan tambang menarik ke Sarawak dan Sabah juga masing-masing berharga dari RM109 dan RM159.
Pelanggan juga boleh memilih tambang Economy Flex untuk menikmati faedah perjalanan premium, termasuk penukaran tarikh tanpa had percuma, pengembalian wang secara percuma tanpa bayaran, fleksibiliti Go Show, keutamaan daftar masuk dan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kg.
Cabang operasi pelancongannya, MHholidays turut memberikan tawaran sehingga 50 peratus dengan Kempen Breakfree Deals pada pakej penerbangan dan hotel untuk percutian di seluruh negara bermula RM249.
AirAsia
AirAsia menawarkan tambang rendah dari RM12 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu.
Para penumpang yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan.
Pemegang kad BigPay dan Hong Leong Bank airasia boleh menempah lebih awal dari jam 10 pagi pada 10 Oktober 2021.
Para penumpang juga boleh menikmati penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan dan hotel oleh SNAP, termasuk penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam di hotel.
Jualan kilat SNAP juga akan berlangsung pada 13-15 Oktober 2021, yang menawarkan penerbangan beserta penginapan hotel di Pulau Pinang dengan hanya RM179 seorang.
Berdasarkan pemantauan Astro AWANI, buat masa ini tiada masalah membabitkan sistem tempahan atas talian, namun orang ramai dinasihatkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
BAS
Orang ramai tidak perlu takut untuk menggunakan perkhidmatan bas kerana syarikat pengusaha dan pengendali bas sudah bersedia memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan terperinci.
Sebagai contoh, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mewajibkan penumpang mengemukakan sijil vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi semasa membeli tiket di kaunter dan di checkpoint pemeriksaan tiket, sebelum menaiki bas.
KTM
Bagi mereka yang memilih perkhidmatan kereta api terutama ETS, perlu menunggu sedikit masa lagi kerana ketika artikel ini ditulis, jualan tiket untuk perjalanan rentas negeri belum dibuka. Namun penumpang dinasihatkan agar sentiasa melayari laman sosial rasmi KTM untuk perkembangan yang tepat dan pantas.
Astro Awani
Tue Oct 12 2021
Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan serendah RM59 sehala serta diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej MHholiday sempena kebenaran rentas negeri yang diberikan kerajaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.