BATU PAHAT: Ayer Hitam, Johor menjadi lokasi pertama jelajah Program RIUH EK! Keluarga Malaysia pada tahun 2022.
Program yang diadakan selama tiga hari sehingga Sabtu itu bertujuan memperkasa dan mendukung usahawan kreatif serta pengamal seni tempatan.
Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) itu turut komited menggiatkan semula landskap industri kreatif tempatan yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Ketua Riuh, Marissa Wambeck berkata, program yang diadakan itu diharapkan dapat meningkatkan daya tarikan terhadap industri kreatif tempatan.
"RIUH EK! bersama Unifi merupakan acara RIUH yang pertama buat tahun 2022 dan hasrat RIUH EK! ini untuk mempromosikan industri kreatif negara.
"Kita tahu industri kreatif amat terjejas akibat COVID-19, oleh itu kita nak usahakan dan mengangkat balik industri kreatif negara.
"Dengan mengumpulkan elemen industri kreatif diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung dan peminat utk bersama menikmati apa industri kreatif boleh tawarkan," katanya ketika ditemui pada program RIUH EK! bersama Unifi di Ayer Hitam, di sini pada Khamis.
Katanya lagi, program itu turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati karya seni tanah air, di samping dapat menimba pengalaman menghasilkan arca seni sendiri secara langung menerusi bengkel kreatif yang disediakan pada program berkenaan.
Marissa menambah program RIUH EK! Keluarga Malaysia itu dijangka akan diteruskan lagi melibatkan 14 siri jelajah diseluruh negara.
Sementara itu, usahawan yang membuka gerai di tapak RIUH EK!, John Tang berkata, program tersebut mampu meningkatkan peluang penjualan perniagaan mereka disamping dapat memperluas rangkaian sosial yang terhasil daripada program itu.
"Saya rasa ini merupakan satu program yang bagus kerana banyak orang boleh kenal perniagaan kami, selain boleh jumpa banyak kawan.
"Saya juga dapat memperkenalkan perniagaan seni arca ini untuk pengunjung yang berminat terhadap seni arca ini," ujarnya.
Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi pelbagai gerai yang menjual kraftangan dan makanan tempatan, serta pameran seni serta persembahan daripada artis popular tanah air.
Program turut menghimpunkan usahawan kreatif tempatan dan pengamal seni daripada 12 sektor industri kreatif yang merangkumi muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan, sastera, ciptaan, kraf dan seni tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif.
Sesi pada Khamis (3 Mac) berlangsung dari pukul 2 petang hingga 10 malam, manakala acara pada Jumaat dan Sabtu akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada Jumaat malam (esok).
Aiman Hakeem Awazmin
Thu Mar 03 2022
Program RIUH EK! diadakan selama tiga hari sehingga Sabtu ini, bertujuan memperkasa dan mendukung usahawan kreatif serta pengamal seni tempatan - Foto/Twitter KKM
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.