KAMERA digital kini dilengkapi sensor yang semakin besar dengan kemampuan rakaman video yang juga pada resolusi tinggi.
Oleh itu kad storan yang digunakan pada kamera perlu mempunyai kapasiti lebih besar.
SanDisk ingin memenuhi keperluan ini dan telah berjaya menghasilkan kad SD pertama dunia dengan kapasiti 4TB.
Kad SanDisk Extreme Pro 4TB SD diperlihatkan ketika acara NAB Show pada hujung minggu lalu.
Ia menggunakan antara muka Ultra High Speed-I (UHS-I) yang memberikan kemampuan melakukan penghantaran data pada kadar 104MB/s.
Pada waktu yang sama ia boleh menulis pada kelajuan 30MB/s yang cukup pantas untuk rakaman video 8K.
Walaupun kad telah diperlihatkan, SanDisk berkata mereka akan hanya menjual kad Extreme Pro 4TB SD bermula tahun depan.
Harga pada ketika ini masih belum diumumkan. -Amanz
Amanz
Tue Apr 16 2024
SanDisk berjaya menghasilkan kad SD pertama dunia dengan kapasiti 4TB. -Amanz
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
SanDisk hasilkan kad SD 4TB pertama dunia
Kamera digital kini dilengkapi sensor yang semakin besar dengan kemampuan rakaman video yang juga pada resolusi tinggi.