KUANTAN: Lelaki ini sanggup menghabiskan hampir setengah juta ringgit hanya semata-mata untuk memenuhi impian serta minatnya kepada Yamaha RX-Z dan dia memiliki kesemua edisi motosikal legenda era 80-an itu yang kini menjadi buruan dalam kalangan peminat motor.
Tidak kiralah keluaran tahun 1980-an dengan hanya transmisi lima kelajuan hinggalah dinaik taraf oleh Yamaha kepada transmisi enam kelajuan pada 1990-an, Wan Noor Azmirulllah Wan Noor Abidin, 35, memiliki semuanya malah beberapa model motosikal itu lebih daripada satu berada dalam simpanannya.
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu menjadi tumpuan peminat motor yang kembali mencari motosikal berkuasa 135cc itu selain boleh dianggap sebagai muzium mini RXZ apabila turut menerima kedatangan mereka yang ingin mengenali kenderaan tersebut.
"Saya ada lebih 25 buah Yamaha RX-Z sama ada edisi Boss mahupun Catalyzer yang popular ketika ini dan model yang sukar diperoleh iaitu Millenium.
"Saya mula mencari dan mengumpul kesemua edisi ini pada 2013 apabila melihat ia menjadi buruan ramai selepas Yamaha menghentikan pengeluarannya pada 2010.
"Motor itu akan dicantikkan, diubah suai dengan menambah kelajuan pada spesifikasi tertentu, sistem brek serta ekzos dan kosnya untuk sebuah motosikal ada yang mencecah lebih RM40,000 kerana itu nilainya di pasaran lebih mahal daripada kenderaan baharu," kata mekanik ini kepada Bernama.
Bayangkan, harga sebuah RX-Z yang juga sinonim sebagai motosikal 'kapcai berkelas tinggi ' kerana hanya memiliki kuasa 135cc dengan sistem dua lejang yang buruk pun mampu mencecah RM10,000 hingga RM40,000!
Harganya juga boleh meningkat sehingga RM100,000 bagi kategori NOS atau stok lama yang baharu apabila kenderaan beroda dua itu diubah suai dan dicantikkan menggunakan alat ganti tulen yang kini sukar diperoleh di mana-mana bengkel atau kedai motor.
"Ia jadi mahal sebab motosikal ini sudah tidak lagi dikeluarkan dan alat ganti atau aksesorinya sukar didapati.
"Benarlah kata orang, hobi ini mahal tetapi saya kumpul dan ubah suai sikit-sikit ikut kemampuan, ada yang saya buat sendiri atau hantar ke bengkel di Klang untuk cantikkan.
"Mungkin ada yang menganggap kami ini pemboros tetapi sebenarnya ia adalah satu pelaburan juga apabila ada yang sanggup membeli dengan harga lebih mahal," katanya.
Biarpun mengetahui spesifikasi yang dibuat dan dicantikkan itu adalah salah serta boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa, Wan Noor Azmirulllah berkata, semuanya dilakukan demi kepuasan selain aktif menyertai pelbagai program permotoran termasuk RX-Z Fighter Gathering Malaysia 2024, di sini, baru-baru ini.
Percaturan beliau ternyata membuahkan hasil apabila koleksi motosikal yang dipertandingkan itu berjaya merangkul pelbagai anugerah dan memberi peluang untuk Wan Noor Azmirullah membawa pulang wang tunai ribuan ringgit malah beliau turut didatangi pembeli yang berminat untuk mendapatkan koleksi motornya.
"Untuk program di Kuantan, saya tonjolkan RX-Z Catalyzer tahun 2009 yang telah diubah suai menggunakan alat ganti dan aksesori motosikal berkuasa tinggi kerana inginkan kelainan serta menampakkan ia lebih hebat dan garang.
"Motor ini saya tidak bawa atas jalan raya dan hanya untuk koleksi dan penyertaan dalam mana-mana program permotoran. Inipun dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda termasuk dari Terengganu ke Klang untuk proses mencantikkannya," kata beliau sambil menambah motosikal yang dipertandingkan itu sudah ada pembelinya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Wan Noor Azmirulllah memiliki semuanya malah beberapa model motosikal Yamaha RX-Z lebih daripada satu berada dalam simpanannya. - Gambar Bernama
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Penunggang RXZ maut dalam perjalanan ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus
Keadaan jalan yang gelap menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar tayar treler.
Penunggang motosikal maut nahas, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal itu berlaku di Jalan Ipoh-Lumut arah Lumut.
Sanggup berhabis hampir setengah juta demi RX-Z
Wan Noor Azmirulllah memiliki lebih 25 buah Yamaha RX-Z sama ada edisi Boss mahupun Catalyzer yang popular ketika ini.
Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).
Anggota tentera maut terseret 100 meter
Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.