awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut motosikal rempuh belakang treler

Bernama
Bernama
11/04/2024
09:49 MYT
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong, di sini kira-kira 2.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kematian Muhammad Alauddin Shammunaha, 16, daripada bapa mangsa pada 5.44 pagi tadi.
"Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan ke tempat pembuangan sampah di kampung itu manakala treler berkenaan sedang diparkir di kaki lima di hadapan Loji Air Kepong 1.
"Siasatan awal mendapati setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar bahagian belakang treler berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4 pagi tadi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan 'Head Injury Due to Traffic Crash'.
"Adik mangsa Muhammad Adam Haiy,14, luka di tangan dan kaki manakala sepupu mangsa Muhammad Afi Haikal Abdul Malik,16, pula cedera di kaki," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#remaja maut
#motosikal
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan