awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Apple, rakyat Malaysia serbu promosi RM29 Victoria's Secret pula

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/04/2018
13:12 MYT
Selepas Apple, rakyat Malaysia serbu promosi RM29 Victoria's Secret pula
Outlet Victoria's Secret di Kota Kinabalu ini diserbu kaum Hawa sehingga pintu cerminnya hampir tercabut. -Facebook Borneo
RAKYAT Malaysia sememangnya sangat peka dengan sebarang promosi harga murah.
Apa sahaja barangan, terutama sekali yang berjenama dan ditawarkan pada harga murah pastinya akan menjadi perhatian dan mencetuskan kegilaan.
Jika sebelum ini produk Apple, kali ini pula adalah produk label fesyen, Victoria's Secret.
Jenama itu yang terkenal dengan pelbagai produk untuk kegunaan wanita, mengadakan promosi selama dua hari untuk produk haruman (body mist) dan losyen.
Difahamkan, kedua-dua produk itu ditawarkan pada harga RM29 berbanding harga asal RM79.
Sana sini post beli victoria secret sbb skrg promo rm29 yang tak pakai pun tetiba post. Yang dulu ckp bau tak wangi pun tetiba post tengah pegang paperbag VS /p>— Puteri (@_puteriaidaa) April 1, 2018
Ha beratoq beli victoria secret. Masalahnya semua ada dah nak beli rm29 camna lagi ni!
— TiSara M (@sara_MAJED) April 1, 2018
Victoria Secret Sunway Pyramid dh out stock punya promosi rm29.. HAHA
— ohhNad (@ohhNadzier) April 1, 2018
buat hal lah victoria secret sebotol rm29 aduh queue panjang gila pic.twitter.com/jI1lozGJ6J
— paejj(@paejahvicc) April 1, 2018
Tidak hairanlah, semua outlet Victoria's Secret di seluruh negara diserbu kaum Hawa sejak semalam.
Antara yang tular di media sosial adalah klip video yang dirakam di salah sebuah outlet label itu di Kota Kinabalu yang sedikit kecoh.
Gara-gara diserbu terlalu ramai pelanggan, salah satu pintu cermin cawangan itu hampir tercabut.
Tinjauan Astro AWANI di outlet sekitar Kuala Lumpur pula mendapati ada yang terpaksa ditutup sementara waktu kerana kehabisan bekalan.
Topic Berkaitan
#harga murah
#Kota Kinabalu
#media sosial
#produk kecantikan
#promosi
#rakyat Malaysia
#Victoria Secret
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan