awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Qu Puteh, 'Terlajak Laris' pula jadi buruan pasukan bola sepak

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/01/2016
06:52 MYT
Selepas Qu Puteh, 'Terlajak Laris' pula jadi buruan pasukan bola sepak
Lebih tiga pasukan bola sepak sudah menghubungi Aliff Syukri untuk mempelawanya sebagai penaja.
SELEPAS Datuk Seri Vida dan Vida Beauty Sdn Bhd secara rasminya menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan, nampaknya ramai yang mula membuka mata dengan kemampuan syarikat produk kosmetik dan kesihatan untuk menaja pasukan bola sepak.
Ini terbukti apabila pengasas D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui dia menerima banyak pelawaan untuk menaja pasukan bola sepak.
Aliff Syukri, dalam kenyataannya seperti yang dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini, mendedahkan dia dihubungi beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang mempelawanya sebagai penaja, namun buat masa ini belum membuat sebarang keputusan.
Kata Aliff Syukri, dia perlu membuat kajian yang lebih menyeluruh kerana tajaan untuk pasukan bola sepak memerlukan kos yang tinggi.
"Lebih dari tiga atau empat negeri yang tawarkan saya jadi penaja, cuma saya tak nak main ambil saja sebab modal besar," katanya yang menyifatkan pelawaan yang diterimanya sebagai 'terlajak banyak'.
Jika menjadi kenyataan, Aliff Syukri berkata dia akan membuat pengumuman secara rasmi dalam sidang media.
Dalam masa yang sama, dia yang terkenal dengan tagline 'terlajak laris' itu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Dato Seri Vida di atas penajaannya kepada pasukan Kelantan.
BACA: KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida
BACA: KAFA setuju dua syarat tajaan, dedah Datuk Seri Vida
BACA: Datuk Seri Vida sedia tajaan cecah lapan angka buat TRW
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#bola sepak
#D'Herbs Holding
#datuk vida
#terlajak laris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan