awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Setia' buat bulu roma meremang - Rohani

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/08/2018
00:45 MYT
'Setia' buat bulu roma meremang - Rohani
Rohani sifatkan lagu Setia sebagai lagu yang sangat bermakna jika liriknya dihayati dengan mendalam.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyifatkan lagu Setia sebagai lagu yang sangat bermakna jika liriknya dihayati dengan mendalam.
Beliau merupakan salah seorang ahli politik yang dijemput Astro AWANI untuk menjayakan rakaman versi terbaharu lagu patriotik tersebut.
"Ingat perjuangan nenek moyang kita, sentiasa jaga keutuhan negara. Lagu ini buat bulu roma meremang, makin dinyanyikan, makin bermakna.
"Ini satu-satunya negara kita. Apa yang kita buat, fikir panjang sebab kesannya akan kena pada kita juga nanti," ujarnya.
Beliau yang ditemui semasa sesi rakaman turut memuji kematangan rakyat Malaysia dalam melaksanakan perubahan pentadbiran negara dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.
"Saya bangga dengan rakyat Malaysia apabila melihat perubahan yang berlaku dalam pilihanraya baru-baru, semua berlaku dengan aman.
"Ini menunjukkan rakyat tahu dan sedar yang mereka berjuang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk kebaikan negara secara keseluruhannya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Lagu
#Malaysia
#patriotik
#politik
#rakyat
#Rohani Abdul Karim
#setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan