PENCINTA haiwan, khususnya kucing, pasti selalu berdepan dengan situasi yang mana si bulus kesayangan mereka hilang atau lari dari rumah.
Sama dengan Abe Nik, bukan sekali, tapi berkali-kali rasanya si bulus yang dibela tiba-tiba hilang.
Ada antara kesnya dicuri sebab terlalu berkenan, namun ada juga yang sesat ketika keluar dari rumah.
Normal bagi seekor kucing untuk tidak senang duduk di dalam rumah dan sering memberontak untuk keluar.
Antara sebab lainnya untuk mencari kucing betina, tertekan, persaingan dan sakit.
Malangnya, tak semua kucing rumah punyai kemahiran melindungi diri sepertimana kucing terbiar.
Ada yang sedang cedera dan terdedah bahaya kerana tidak mengenali persekitaran dengan baik.
Namun, tahukah anda ada beberapa tip untuk 'memanggil' semula kucing kesayangan anda pulang ke rumah.
1. Segera mencari
Sebaik saja anda sedar kucing kesayangan hilang dari rumah, segera buat pencarian di kawasan sekitar. Besar kemungkinan si bulus masih berada dalam radius yang kecil.
2. Bawa makanan kegemaran
Tak kisah mencari waktu siang atau malam, cuba bawa makanan kegemaran si bulus agar keluar dari tempat persembunyiannya.
Alternatif lain, anda boleh bawakan mainan kesukaan si bulus agar dapat menghilangkan rasa takutnya.
3. Panggil dengan suara lembut
Sepertimana memujuk kekasih hati, begitulah cara terbaik untuk berinteraksi dengan si bulus yang mungkin sedang merajuk.
Kucing yang sesat biasanya akan ketakutan dan mungkin tak mahu meninggalkan tempat persembunyian walau anda memanggilnya.
Jadi, cuba panggil dengan nada yang lembut agar si bulus kurang takut.
4. Pasang telinga
Sentiasa peka dengan bunyi sekeliling ketika sedang mencari si bulus.
Mungkin anda akan mendengar bunyi kucing anda yang sedang kelaparan, ketakutan atau tercedera.
Jangan bergerak terlalu pantas, mungkin kucing tidak sempat mendengar panggilan atau mencium bau tuannya.
5. Minta bantuan jiran
Berkomunikasi juga dengan jiran tetangga atau kenalan baik untuk mendapatkan kerjasama sekiranya ada ternampak kucing anda.
Jadi, skop pencarian itu menjadi lebih luas dan melibatkan banyak pihak. Lebih ramai juga yang akan alert dengan kehilangan kucing anda.
6. Cari di shelter
Jika berhari-hari masih belum temui, cuba cari di tempat perlindungan haiwan berhampiran dengan rumah anda.
Mungkin kucing anda dianggap kucing liar dan telah ditangkap untuk diletakkan di shelter.
7. Cara orang Jepun
Menurut rakyat Jepun, cara efektif untuk memanggil kucing pulang ke rumah adalah dengan berbicara dengan kucing di sekitar rumah anda.
Pesan kepada kucing-kucing lain 'sekiranya bertemu dengan kucing saya, tolong minta dia balik.'
Ramai yang memberitahu cara ini berhasil!
*Artikel asal di Gempak
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Gempak
Sat Feb 12 2022
Jangan gusar, ini beberapa tip untuk 'memanggil' semula kucing kesayangan yang 'hilang' agar pulang semula ke rumah. -Unsplash
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Si bulus 'lupa jalan pulang'? Ini 8 tip cari kucing kesayangan anda yang hilang
Sebaik saja anda sedar kucing kesayangan hilang dari rumah, segera buat pencarian di kawasan sekitar. Besar kemungkinan si bulus masih berada dalam radius yang kecil.