Bukan sekadar penyakit mental, tetapi stigma masyarakat terhadap penyakit itu sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit berkenaan dan akhirnya boleh membawa kepada tindakan membunuh diri serta pelbagai implikasi kesihatan lain.
Memandangkan umum masih menganggap penyakit mental sebagai sesuatu yang tabu, maka pesakitnya enggan mendapatkan rawatan mahupun membincangkan keadaan mereka. Justeru, menybabkan banyak kes berkaitan kesihatan mental tidak diagnosis.
Baru sahaja menyebut mengenai kemungkinan menemui ahli terapi, pakar psikiatri dan saranan supaya mendapatkan ubat tertentu, amat mengejutkan bahawa umum akan segera menganggap seseorang itu sebagai sudah 'gila'; yang akhirnya menyebabkan pesakit itu menderita dalam diam.
Berkongsi mengenai cara mengurangkan stigma berhubung penyakit mental, pakar psikiatri yang berpangkalan di Dublin, Dr Shaeraine Raaj berkata pelbagai disiplin serta usaha berterusan amat diperlukan untuk mendepani stigma itu.
"Rakyat Malaysia mengaitkan stigma dengan rasa malu untuk menerima diagnosis penyakit, mendapatkan ubat-ubatan atau menghadiri kaunseling psikiatri," katanya kepada Bernama dalam temu bual telefon di sini baru-baru ini.
"Oleh itu, kementerian-kementerian Kesihatan dan Pendidikan perlu bekerjasama dengan harapan dapat mengurangkan stigma dan diskriminasi berterusan terhadap penyakit berkaitan mental," tambah Dr Shaeraine yang kini Registrar Psychiatrist di Royal College of Surgeons Ireland (RCSI).
Pendapat umum
Menjelaskan lagi mengenai keseriusan penyakit mental, Dr Shaeraine berharap lebih banyak kempen antistigma dan ceramah pendidikan awam mengenai gejala-gejala dan rawatan penyakit mental diadakan di seluruh negara.
Selain itu, pihak media juga memainkan peranan penting dalam menghebahkan perkara-perkara berkaitan kesihatan mental kerana kuasa media boleh memberi kesan dalam membentuk pendapat umum, katanya.
Beberapa jenis penyakit mental yang paling biasa dialami adalah kemurungan, cemas, skizofrenia, alzheimer, bipolar, gangguan tekanan selepas trauma (PTSD), gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan tingkah laku akibat ketagihan.
Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 Kementerian Kesihatan, sejumlah 4.2 juta rakyat Malaysia berusia lebih 16 tahun mengalami beberapa bentuk penyakit berkaitan mental.
Malangnya, menurut Majlis Perubatan Malaysia (MMC), hanya ada seorang psikiatri untuk setiap 150,000 orang dan seorang psikologi untuk setiap 100,000 orang di Malaysia.
Program sokongan
Menurut Dr Shaeraine, dianggarkan tiga hingga 10 pekerja di sesuatu tempat kerja akan mengalami masalah mental dalam mana-mana satu tahun.
Laporan Pelan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 2016-2020, menyatakan hanya 10 peratus daripada pesakit berkaitan mental mendapat pekerjaan setelah menjalani program Sokongan dan Penempatan Individu - Sokongan Pekerjaan( IPS-SE ), yang diperkenalkan oleh kerajaan.
"Tempat kerja perlu menekankan aspek kepentingan kesihatan mental dengan memupuk kesedaran dan menolak stigma berkaitan penyakit berkenaan," katanya.
Beliau menegaskan bahawa tempat kerja mempunyai banyak kelebihan untuk menggalakkan pengetahuan mengenai kesihatan mental termasuk akses kepada kumpulan sasaran, golongan yang mungkin mengalami beberapa bentuk kemurungan atau kecelaruan mood manik-depresif.
"Ini termasuk akses bagi kumpulan kerja yang padu seperti pengurusan tekanan, latihan berkemahiran dan sokongan untuk menggabungkan pesakit berkaitan mental untuk kembali ke tempat kerja," jelas beliau.
Penyebab utama kebimbangan yang didapati tidak dipertimbangkan atau diberi perhatian adalah hakikat bahawa bekerja untuk jangkamasa lama saban hari akan memberi kesan mendalam kepada kesihatan mental seseorang.
"Tubuh menaikkan hormon tekanan, tahap kortisol yang tinggi akan menyebabkan gangguan dalam pembelajaran, daya ingatan, mengurangkan fungsi imun, kepadatan tulang, peningkatan berat badan, tekanan darah, kolesterol, penyakit jantung dan mengurangkan jangka hayat," kata doktor itu.
Ubah gaya hidup
Menjelaskan keadaan itu daripada perspektif seorang doktor, Dr Shaeraine mencadangkan lima pilihan gaya hidup ringkas untuk mengurangkan tahap kortisol iaitu aktiviti fizikal biasa, keprihatinan, hubungan sosial, ketawa dan tidak terlalu banyak fikir dan terapi muzik.
"Untuk aktiviti fizikal biasa, kick boxing, berlawan secara latih tanding atau menggunakan beg tumbuk adalah cara yang hebat untuk mencipta semula 'pergaduhan' dengan melepaskan serangan (tanpa mencederakan sesiapa),
"Cara lain untuk mengurangkan tahap kortisol adalah melalui meditasi dengan mengambil 10 minit untuk ruang pernafasan, di mana beberapa nafas melibatkan saraf vagus yang mencetuskan isyarat dalam sistem saraf anda untuk melambatkan kadar degupan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurang kortisol," katanya.
Ketawa adalah ubat terbaik, menurut doktor itu, ia tetap menjadi antara jenis penyembuhan bagi apa jua bentuk tekanan perasaan.
Anti-depresan
Penyakit mental sering dirawat dengan anti-depresan (ubat penenang), namun kesan jangka masa panjangnya masih diperdebatkan.
Bagaimanapun, Dr Shaeraine memberi jaminan bahawa anti-depresan tidak menyebabkan ketagihan. Beliau menegaskan bahawa, penyelidikan menunjukkan bahawa anti-depresan pertama yang dipreskrip didapati berkesan ke atas dua pertiga daripada pesakit kemurungan sederhana atau teruk.
"Pesakit-pesakit ini perlu terus mengambil ubat-ubatan itu untuk selama enam hingga sembilan bulan selepas pulih daripada satu episod kemurungan," katanya.
"Garis panduan Institut Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan (NICE) kini mengesyorkan ubat-ubatan baharu (selective-serotonin re-uptake inhibitors) sebagai rawatan awal kemurungan," katanya.
Oleh itu, katanya, ubat anti-depresan baharu bukan sahaja mempunyai kesan sampingan yang sangat sedikit berbanding yang terdahulu, malah lebih selamat.
"Terapi perilaku kognitif adalah rawatan psikologi yang lazim digunakan untuk gangguan kemurungan, gangguan kebimbangan dan gangguan makan, yang memberi tumpuan kepada penggunaan strategi-strategi kognitif dan tingkah laku," jelas beliau.
Dr Shaeraine berkata setelah selesai fasa sembilan bulan hingga dua tahun, anti-depresan itu boleh secara beransur-ansur dikurangkan dan seterusnya diberhentikan, lalu menambah bahawa kemurungan yang tidak dirawat boleh menjadi serius dan menyebabkan maut.
--BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2017
Rakyat Malaysia mengaitkan stigma dengan rasa malu untuk menerima diagnosis penyakit, mendapatkan ubat-ubatan atau menghadiri kaunseling psikiatri. - Gambar hiasan
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.