Resepi masakan Malaysia yang 'disuntik' dalam penyediaan sushi membawa tuah kepada Chef Tai Koon Siang apabila beliau dinobatkan juara Piala Dunia Sushi 2018 di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
Tai atau lebih dikenali sebagai Chef Sky Tai, menghasilkan sushi bertemakan 'Malaysia-Truly Asia' yang mempamerkan keunikan variasi rasa masakan Malaysia dalam pertandingan pada 23 dan 24 Ogos itu, berjaya menewaskan pesaing dari Brazil, Filipina dan tuan rumah, Jepun.
Beliau yang juga ketua chef di Singapore Standing Sushi Bar, berkata konsep itu dipilih untuk mengetengahkan warisan budaya makanan di Malaysia ke dalam makanan tradisonal negara matahari terbit itu.
"Sushi yang dihasilkan menggunakan resepi masakan masyarakat tempatan seperti Nasi Lemak, Laksa, beberapa masakan Cina dan India serta Baba Nyonya.
"Selain rasa yang unik, faktor utama yang dinilai juri adalah kemahiran peserta dalam penyediakan sushi seperti skil mengunakan pisau, skil pemiletan dan rolling skill," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaannya anjuran Majlis Makanan Laut Norway (NSC), di sini hari ini.
Anak jati Kluang, Johor itu menjadi johan bagi kategori tradisional Edomae Sushi dan sushi kreatif dengan skor markah tertinggi yang sekali gus menggondol gelaran juara keseluruhan.
Selain Tai, seorang lagi peserta negara, Chef Steve Chua Kok Hua turut berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dalam pertandingan sama.
Kedua-dua peserta itu mendapat latihan seni menghasilkan sushi menerusi Akademi Sushi Global tajaan NSC dengan kerjasama Institut Kemahiran Sushi Dunia.
Tai berkata kejayaan itu menebus kekecewaannya yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan sama pada tahun 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Chef Tai Koon Siang atau Chef Sky Tai (kanan) menunjukkan piala kemenangannya sempena Piala Dunia Sushi 2018 di Tokyo, Jepun baru-baru ini. - Facebook: Midori Ukisu
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sushi rencah Malaysia juara Piala Sushi Dunia
Resepi masakan Malaysia yang 'disuntik' dalam penyediaan sushi membawa tuah kepada Cef Tai Koon Siang apabila beliau dinobatkan juara Piala Dunia Sushi 2018 di Tokyo, Jepun baru-baru ini.