OPENSEA merupakan salah laman jual-beli NFT yang popular di dunia. Ia mencatatkan nilai $13 bilion ketika kemuncaknya sekitar setahun dua lepas.

Namun, kini dengan perubahan pasaran, OpenSea dilihat turut terjejas.

Terbaharu, OpenSea mengumumkan telah mengurangkan 50 peratus pekerja pada syarikat mereka. Ini hadir lanjutan daripada 20 peratus pekerja yang telah dibuang sekitar setahun lepas.

Lanjutan daripada mengurangkan tenaga kerja ini, OpenSea menyatakan mereka akan membangunkan OpenSea versi baharu – yang mana akan membawa kemas kini pada produk berkenaan, termasuk dari segi teknologi yang digunakan, kualiti, pengalaman dan sebagainya.

Di samping itu, dengan tenaga kerja lebih sedikit, OpenSea akan mengambil bentuk organisasi mendatar untuk menjadikan pelbagai operasi dan keputusan lebih pantas – membolehkan mereka bergerak lebih pantas lagi. -Amanz