awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar

Bernama
Bernama
24/11/2024
22:30 MYT
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Pengesanan keadaan janin lebih awal membolehkan pihak perubatan membuat pemantauan rapi selain menyediakan nasihat dan bimbingan terbaik terhadap kandungan mereka. - Gambar hiasan
RIYADH: Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah, kata Pakar Perubatan Janin Ibu Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Dr Roziah Husin.
Beliau berkata pengesanan keadaan janin lebih awal membolehkan pihak perubatan membuat pemantauan rapi selain menyediakan nasihat dan bimbingan terbaik terhadap kandungan mereka.
"Kandungan kembar Siam ini boleh dikesan seawal minggu ke-10 hingga ke-12 kehamilan, namun majoriti kes di Malaysia dikesan ketika kandungan berusia 20 minggu.
"Kadar kelangsungan hidup kandungan kembar Siam berada antara lima hingga 25 peratus sahaja, dan pengesanan awal boleh menentukan keputusan untuk meneruskan atau menamatkan kehamilan," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Mengenai Kembar Siam 2024 di sini hari ini.
Dr Roziah berkata pengesanan awal juga membolehkan pasukan perubatan merancang pembedahan untuk kelahiran dengan lebih baik berdasarkan kepada keadaan janin kembar Siam berkenaan.
Sementara itu, Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur Dr Mohd Yusof Abdullah berkata Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi yang setara dengan negara luar dalam mengendalikan pembedahan bagi pemisahan kembar Siam.
Beliau berkata penyertaan wakil daripada Kementerian Kesihatan (KKM) pada persidangan kali ini mewujudkan perkongsian dalam teknologi terkini serta langkah terbaik yang boleh diaplikasikan bagi kaedah pembedahan serta rawatan di Malaysia.
"Persidangan ini penting khususnya untuk membangunkan latihan bagi kaedah pembedahan kerana kes melibatkan kelahiran kembar Siam ini jarang berlaku," katanya.
Dianjurkan oleh Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief), persidangan selama dua hari itu mengetengahkan pelbagai pengisian termasuk pembentangan perubatan dengan perbincangan memfokuskan kepada amalan terbaik dalam penjagaan kembar Siam termasuk intervensi pembedahan, penjagaan ibu, pertimbangan etika dan kemasukan sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imbasan awal
#kesan kehamilan kembar siam
#tahap kesedaran
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan