awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknik cantas pucuk dan luruhkan semua daun, ini tip pokok mulberi berbuah lebat

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
25/09/2021
01:28 MYT
Teknik cantas pucuk dan luruhkan semua daun, ini tip pokok mulberi berbuah lebat
Dengan teknik mencantas pucuk dan meluruhkan semua daun pada pokok mulberi boleh menjadikan ia berbuah besar dan lebat. -Mingguan Wanita
BUAH mulberi memang sedap. Rasanya masam-masam manis boleh dibuat jus, jem atau dimakan begitu sahaja.
Daunnya pula boleh digoreng celup tepung.
Bagi ibu-ibu yang ada tanam pokok ini di rumah, rupanya dengan teknik mencantas pucuk dan meluruhkan semua daun pada pokok mulberi boleh menjadikan ia berbuah besar dan lebat.
Ini teknik yang dikongsikan dari SK Agro:
“Baru dapat ilmu baru daripada seorang sahabat yang sudah cuba. Pokok mulberi boleh berbuah lebat.
“Ready to ngap! Mulberi kampung saja”
Ini teknik yang digunakan:
1. Mula-mula cantas semua pucuk dan luruhkan semua daun hingga pokok jadi betul-betul togel. Insya-Allah pokok takkan mati ya.
2. Ini adalah cara untuk memaksa pokok berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-putik buah.
3. Kemudian apabila buah dah ada sikit-sikit warna merah, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.
Dua peringkat gugurkan daun:
1. Untuk memaksa pokok berbuah.
2. Untuk tumbesaran buah.
Pembajaan, guna baja kopi.
Daun yang diluruhkan boleh dibuat sayur. Yang dah agak matang boleh je goreng celup tepung.
Semoga memberi manafaat kepada semua.
*MW: Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok mulberi tu di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ni barulah pokonya boleh berbuah besar dan lebat. Selamat Mencuba!
Sumber: Sk Agro
*Artikel asal di Mingguan Wanita

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Mulberry
#mulberi
#cantas pucuk
#luruh daun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan