Pengguna masa kini mencatatkan peningkatan dalam penggunaan telefon pintar dan tablet untuk menikmati rancangan TV pilihan mereka. Malah, pembangunan beberapa aplikasi baru telah dapat menjadikan peranti mudah alih mereka sebagai alat kawalan jauh set TV.
Peningkatan memberangsangkan ini berikutan fenomena skrin kedua di mana penonton TV dapat menikmati siri atau filem sementara kekal berhubung dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter melalui peranti mudah alih malah mereka juga dapat beralih ke rancangan kegemaran mereka.
Menurut firma kajiselidik Nielsen, trend tersebut telah menular di Amerika Syarikat (AS) dan seakan menjadi kebiasaan. Lebih 50 peratus rumah di AS menggunakan telefon pintar dan 20 peratus lagi menggunakan tablet.
Penggunaan beberapa skrin pada satu masa sudah menjadi kebiasaan. Sambungan Internet yang stabil telah membolehkan peranti mudah alih berperanan sebagai TV dengan 85 peratus pengguna tablet dan telefon pintar menggunakan peranti mereka untuk menonton TV sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Sementara 40 peratus lagi menggunakannya setiap hari (41 peratus pengguna tablet dan 39 peratus telefon pintar).
Kajian terbaru dari Parks Associates mendapati pengguna telefon pintar dan tablet turut menggunakan peranti mereka untuk mendapatkan maklumat siaran TV secara interaktif. Lebih satu pertiga atau 36 peratus pengguna telefon pintar dan 35 peratus pengguna tablet mencari maklumat berhubung maklumat produk atau perkhidmatan melalui peranti sewaktu menonton TV.
Jumlah yang sama turut mencari maklumat berhubung maklumat siaran TV berkaitan sambil menonton TV.
Menurut badan yang melaksanakan kajian itu lagi, pencarian maklumat siaran sewaktu menonton TV merupakan kaedah pantas dan menjadi aktiviti popular pengguna tablet di Amerika Syarikat. "Dengan skrin kedua seperti tontonan Breaking Bad atau Glee, syarikat pengeluar kini sedang memantau tabiat penonton dan siapa golongan sasar yang menggunakan peranti mudah alih sewaktu menonton TV," menurut Heather Way, Ketua Analisis di Park Associates.
Peranti mudah alih sebagai kawalan TV
30 peratus menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan jauh TV dan ini menjadikan aktiviti skrin kedua merupakan aktiviti ketiga paling popular selain enjin carian dan maklumat berhubung produk dan perkhidmatan.
Terdapat beberapa aplikasi yang ditawarkan oleh telefon pintar iPhone dan Android yang membenarkan peranti dijadikan alat kawalan jauh TV. Walaubagaimanapun, aplikasi percuma seperti Re Universal Remote Control memerlukan sambungan berbayar agar sesuai dengan telefon pintar, tablet mahupun televisyen itu sendiri.
Pengguna set TV Google atau TV pintar yang dikuasakan melalui platform Google dapat memuat turun aplikasi percuma kawalan jauh dari Google Play. Pengguna skrin kedua yang mahukan lebih kawalan boleh mencuba aplikasi ArkMC DLNA atau Pusat Media UPnP.
Pengguna peranti Android pula dapat memuat turun aplikasi dari telefon pintar, komputer, konsol permainan mahupun TV. Syarikat pengeluar TV yang turut membangunkan peranti telefon pintar dan tablet seperti LG, Sony, Samsung dan Panasonic menawarkan aplikasi untuk kawalan peranti yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
Turut dapat dirumuskan, skrin kedua merupakan fenomena kegilaan penonton TV generasi muda. Mereka yang melakukan pelbagai kerja dalam satu masa menggunakan peranti digital seakan seperti satu kebiasaan. "Lebih 25 peratus generasi milenium yang berusia 18-30 tahun terlibat dengan skrin kedua sekurang-kurangnya sekali seminggu sewaktu menonton TV.
Hampir 20 peratus generasi tersebut melanggani program TV berbayar melalui penyedia perkhidmatan melalui telefon pintar. Statistik tersebut 1.6 kali lebih tinggi berbanding pengguna telefon pintar biasa.
Untuk kesemua penonton tersebut, aktiviti mudah alih bukanlah skrin kedua sahaja tetapi lebih penting berbanding skrin TV," menurut Park Associates.
AFP RELAXNEWS
Mon Mar 18 2013
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.