Seorang gadis warga Rusia secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol semasa mengambil gambar selfie.
Gadis berusia 21 tahun itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol 9mm di pejabatnya di Moscow yang ditinggalkan seorang pengawal keselamatan, pada Khamis.
Menurut jurucakap polis, gadis itu kemudiannya berhasrat untuk menangkap gambar selfie sambil memegang senjata api tersebut.
Menggunakan sebelah tangan untuk merakam selfie, gadis itu secara tidak sengaja menekan picu pistol lalu tertembak dahi sendiri dari jarak yang dekat.
Jurucakap hospital Sklifosovsky di Moscow, gadis berkenaan kemudiannya dikejarkan untuk diberi rawatan dan sehingga kini berada dalam keadaan yang serius.
Polis kini sedang menyiasat kesahihan cerita bagaimana gadis itu yang merupakan pekerja pejabat mempunyai akses terhadap pistol terbabit.
Siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan itu telah meninggalkan pistolnya di tempat kerja sebelum pulang bercuti.
Trending mengambil dan memuat naik gambar selfie telah mengundang bencana terhadap beberapa individu di seluruh dunia.
Misalnya satu tinjauan yang dibuat di Amerika Syarikat mendapati, 17 peratus rakyatnya mengaku mengambil selfie semasa memandu.
Seorang pelancong dari Singapura pula maut selepas terjatuh dari tebing ketika mahu mengambil gambar selfie di Nusa Lembongan, Bali pada Khamis lalu.
Baru-baru ini, seorang graduan dari Malaysia mendapat kecaman hebat kerana mengambil gambar selfie dalam istiadat formal konvokesyen.
Satu kejadian nahas kapal terbang kecil di Denver, Amerika Syarikat pada Februari lalu dikatakan berpunca apabila juruterbangnya gagal mengawal pesawat kerana mengambil gambar selfie.
November tahun 2014, seorang pelajar dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan Puente de Triana di Seville ketika cuba mengambil gambar selfie.
Shamil Hizamie
Sat May 23 2015
Seorang gadis warga Rusia secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol semasa mengambil gambar selfie. - Gambar Hiasan
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Bendera pemberontak Syria digantung di bangunan konsulat di Moscow
Namun begitu, identiti pihak yang bertanggungjawab menggantung bendera tersebut masih belum diketahui.
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Lapan maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Moscow
Dua orang terbunuh selepas terjun dari tingkap, manakala enam orang lagi maut apabila bahagian dalam pejabat itu runtuh dalam kebakaran.
2 maut, 35 cedera akibat ribut landa Moscow
Ribut 'ganas' yang melanda Moscow pada Jumaat telah mengorbankan dua orang dan mencederakan 35 yang lain.
Rusia dakwa AS, Britain dan Ukraine dalang serangan konsert
Jawatankuasa penyiasat Rusia mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati.
AS kongsi maklumat dengan Rusia baru-baru ini mengenai rancangan serangan pengganas
Amerika Syarikat baru-baru ini berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Rusia mengenai rancangan serangan pengganas terhadap Rusia.
Ketua Pembangkang Rusia temui ajal di penjara
Perkhidmatan penjara Rusia mengesahkan kematian Navalny yang sedang menjalani hukuman selama 19 tahun.
Rusia usir dua diplomat kanan dari Kedutaan AS
Rusia mengusir dua diplomat kanan AS dari kedutaan Amerika Syarikat di Moscow pada Khamis.
Rusia tembak jatuh dua dron di Moscow
Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh dua dron tempur yang dalam perjalanan ke ibu negara Rusia.