SEMPURNAKAN persekitaran kediaman anda dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet, produk inovatif yang menggabungkan estetika dengan fungsi pada tahap tertinggi.

Koleksi penulen air terkini daripada LG ini menerajui konsep baharu dalam teknologi penulenan air, di mana reka bentuk dan warna menawan tidak hanya menyerlahkan pemandangan ruang rumah, tetapi juga manfaat kepada kesejahteraan kehidupan anda.

Produk revolusioner ini menyalurkan air terus dari sumber untuk memberikan air bersih yang bebas daripada risiko pertumbuhan mikroorganisme yang biasanya terjadi kepada sistem bertangki.

Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99 peratus norovirus, dan pelbagai lagi bahan tercemar yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

“Penulen Air Tanpa Tangki terbaharu ini memainkan peranan penting dalam ruang kediaman moden di mana ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan keluarga, pada masa sama turut mengindahkan ruang kediaman.

“Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet melambangkan komitmen LG untuk menakrif semula keperluan harian, menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk menawan yang dapat melengkapkan keperluan setiap isi rumah,” kata Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi.


Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi pada majlis pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet pada 22 Ogos 2013 di Bangsar, Kuala Lumpur.

Apa yang membezakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet dengan penulen air yang lain adalah Langganan Penapis Layan Diri, ciri eksklusif yang ditawarkan LG di mana pengguna boleh menukar penapis sendiri tanpa perlu bergantung kepada lawatan berkala oleh juruteknik.

Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan yang akan dihantar ke pintu rumah anda, dan semuanya dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah, dan selamat.

Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang boleh dikawal dan dipantau dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™, memberi lebih kemudahan kepada pengguna untuk mengendalikan produk ini di hujung jadi sambil melakukan aktiviti lain di sekitar kediaman.

Ciri lainnya adalah panel sentuh mesra pengguna yang membolehkan pelarasan suhu air tepat (40°C, 75°C, 85°C) serta tetapan isipadu dari 120ml hingga 1,000ml untuk memenuhi keperluan penggunaan.

Ia juga mempunyai tap bergerak automatik untuk menampung ketinggian bekas isian air yang berbeza, sekali gus dapat mengelakkan percikan air sambil menjamin keselamatan khususnya apabila mengeluarkan air panas.

Ia boleh dipasang secara menegak atau melintang, dengan tap bergerak automatik untuk menyesuaikan penyaluran air ke bekas isian berketinggian pelbagai.

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet hadir dalam lima pilihan warna - Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink*, dan Calming Cream Sky* (*boleh didapati bermula Oktober).

Sempena pelancarannya, LG menawarkan promosi eksklusif bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober ini di mana pelanggan akan menerima satu (1) Penutup Hadapan (Biru/Merah Jambu) secara percuma dengan pemasangan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.