Sekiranya dahulu ketika zaman muda, poster artis muzik atau filem sering menghiasi dinding bilik tidur, mungkin sekarang trend itu sedikit berbeza apabila subjek paparannya semakin bervariasi.
Selain artis dan filem, minat mengumpul poster kini dilihat mula kembali khususnya bagi peminat yang ingin memiliki koleksi memorabilia kegemaran mereka dari pelbagai tema dan subjek.
Dengan lebih 3,000 poster pelbagai genre, daripada muzik, filem hinggalah ala vintaj, koleksi poster di jualan buku Big Bad Wolf adalah yang terbesar di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Big Bad Wolf, Andrew Yap, hasil jualan yang direkodkan sepanjang jualan kali ini menjadi bukti bahawa poster-poster ini semakin mendapat tempat di hati pengguna.
"Trend mengumpul poster ini sememangnya ada. Namun terdapat kekosongan dalam bekalan poster. Ketika zaman 80-an malah awal 90-an, ada penjualan poster di Malaysia. Namun selepas itu, poster sedemikian tidak lagi dijual."
"Jadi wujud kekosongan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun di pasaran Malaysia yang ingin kami penuhi sekarang," katanya ketika ditemui di jualan Big Bad Wolf 2016 di Taman Pertanian dan Expo Serdang, di sini, hari ini.
Bertemakan 'Double Trouble Sale', ini kali pertama, Big Bad Wolf mengadakan jualan poster secara besar-besaran di samping penjualan buku.
Bagi peminat poster, Ahmad Farhan Sallehudin, pastinya teruja dengan koleksi yang dicari-cari selama ini.
"Saya mencari poster macam Led Zeppelin atau Pink Floyd. Memang sekarang nak cari poster kumpulan muzik lama-lama memang susah. Jadi saya dapat jumpa ada yang cantik dan harganya juga berpatutan," katanya.
Pemuzik, Areef Iskandar pula mencari poster lama filem kegemarannya, Star Wars dan kumpulan muzik lama era 80an.
"Sini banyak poster band yang lama mungkin generasi sekarang tidak dapat dengar. Tetapi mungkin kita boleh dapat maklumat daripada poster-poster ini. Contohnya, mungkin muzik yang didengar oleh ayah atau datuk kita dahulu," katanya.
Selain, genre filem dan muzik, poster berkonsep klasik dan ala vintaj juga turut mencuri tumpuan, lebih-lebih lagi kerana ia menimbulkan rasa nostalgia.
"Pada saya, poster-poster ini cukup nostalgia. Saya agak kagum dan memberitahu isteri saya bahawa poster-poster ini adalah klasik dan sukar dijumpai. Ia kelihatan seperti telah lama malah sudah digunakan, walaupun ia mungkin baru lagi tetapi ia memberi nilai tambah kepada poster seperti ini," kata seorang penggemar dengan nama Kogula.
Sebagai seorang peminat poster, Andrew yang juga pengasas Big Bad Wolf meneruskan hasratnya untuk berkongsi minatnya itu dengan rakyat Malaysia.
"Saya merasakan dinding di rumah mahupun pejabat di Malaysia mungkin terlalu kosong dan boleh dihiasi dengan lebih berwarna-warni.
"Itu tujuan kami sebenarnya, untuk menceriakan Malaysia dan melakukannya dengan cara mudah serta harga berpatutan dan menawarkan koleksi pelbagai genre agar dapat memenuhi permintaan ramai," katanya sambil menambah penjualan poster akan diteruskan dalam siri Big Bad Wolf akan datang.
Tan Su Lin
Mon Feb 01 2016
Dengan lebih 3,000 poster pelbagai genre, daripada muzik, filem hinggalah ala vintage, koleksi poster di jualan buku Big Bad Wolf adalah yang terbesar di Malaysia. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.