Truecaller adalah aplikasi panggilan telefon yang dikenali ramai. Ini kerana Truecaller telah membantu ramai orang membanteras panggilan spam.
Sehingga hari ini, perkhidmatan ini telah menghalang sekitar 38 bilion ke 40 bilion panggilan untuk lebih 374 juta pelanggan. Terbaharu, Truecaller telah dikemaskini dengan ciri AI.
Khusus untuk pelanggan Premium Android, kini terdapat tahap perlindungan (Protection level) baharu iaitu Maks (Max).
Ciri ini akan menghalang panggilan telefon daripada nombor yang tidak diluluskan dalam senarai kenalan dan juga apabila AI mengenal pasti nombor itu adalah panggilan spam.
Biasanya Truecaller hanya menghalang panggilan berdasarkan data yang telah mereka rekod daripada jutaan pengguna. Tetapi perlindungan Maks ini tidak menggunakan pangkalan data Truecaller.
Menurut Techcrunch, Truecaller turut serius dalam perkembangan AI dan ingin terus menjayakan perkhidmatan teras mereka iaitu halangan panggilan spam dan ID panggilan (Caller ID) dengan integrasi teknologi ini.
Truecaller boleh dilanggan pada harga RM9.90 sebulan, RM18 untuk tiga bulan, RM71.90 untuk setahun atau turut boleh dapatkan pelan Premium Gold yang paling mahal iaitu RM399 setahun yang boleh digunakan bersama empat akaun tambahan. -Amanz
Amanz
Thu Mar 21 2024
Khusus untuk pelanggan Premium Android, kini terdapat tahap perlindungan baharu iaitu Maks. - Gambar fail
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Niaga AWANI: FOMC Mei 2024 bermula esok, apakah jangkaan keputusan The Fed?
Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya iaitu pada 1 Mei ini. Adakah ini akan menepati jangkaan pasaran? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
Find My Device oleh Google bakal berfungsi seakan Apple Find My tidak lama lagi
Sistem baharu ini akan menggunakan peranti Android yang aktif di sekeliling pengguna sebagai nod pengesanan seperti mana dilakukan Apple.
Truecaller kini menghalang panggilan spam dengan AI
Truecaller adalah aplikasi panggilan telefon yang dikenali ramai. Ini kerana Truecaller telah membantu ramai orang membanteras panggilan spam.
Rekaan Epic Game Store diperlihatkan - Gedung aplikasi untuk Android dan iOS
Epic masih berperang dengan Apple atas tidak berpuas hati terhadap peraturan gedung aplikasi yang ditetapkan.
WhatsApp uji ciri mesej suara ke transkrip untuk Android pula
Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat.
Google I/O 2024 akan berlangsung pada 14 Mei
CEO Google, Sundar Pichai akan memberi ucap tama di Shoreline Amphitheater.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Apple mudahkan pengguna iPhone pindah ke Android hujung tahun ini
Proses meninggalkan iPhone untuk berpindah ke Android akan dipermudahkan menjelang penghujung 2024 atau awal 2025.
Windows 11 henti sokong aplikasi Android bermula 2025
Aplikasi yang telah dipasang akan boleh terus digunakan.