awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2024
01:30 MYT
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Penduduk di Rantau Panjang mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin. - Foto ihsan pembaca
RANTAU PANJANG: Penduduk di sini mengesahkan mereka turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Imi, 45, berkata, selain letupan dia mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
"Kejadian itu berlaku sekitar 1.30 pagi. Waktu itu, saya dan keluarga sedang tidur sebelum dikejutkan dengan insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya, bunyi letupan itu turut didengari sejauh lima kilometer dari kawasan pekan Rantau Panjang.
Ujarnya, selepas letupan itu beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.
Terdahulu tular klip video berkait insiden berkenaan selepas ia dimuat naik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#letupan bom
#Gualosira
#insiden berbalas tembakan
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan