awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular, binatang berbisa jadi mainan gadis OKU ini

Bernama
Bernama
01/02/2018
22:00 MYT
Ular, binatang berbisa jadi mainan gadis OKU ini
Juwita menunjukkan kemahiran bermain dengan ular di Ekspo Orkid dan Flora di Pekan Baling, baru-baru ini. - Foto Bernama
Menyentuh dan bermain dengan ular bukan mampu dilakukan oleh semua orang namun bagi seorang wanita kategori orang kurang upaya (OKU), bermain dengan reptilia itu adalah rutin hariannya.
Juwita Balqis Shamsudin, 35, dari Kampung Padang Temesu, Sungai Petani, sedikitpun tidak kekok untuk membenarkan dirinya dibelit dan diulit ular jenis "Anaconda" berusia dua tahun seberat lebih 40 kilogram dan ular sawa jenis "Albino" berusia empat tahun dan seberat hampir 30 kilogram yang dibeli dari Brazil.
Kehebatan wanita yang tidak dapat bertutur dan mendengar itu kadang kala membawanya ke seluruh negara untuk menunjukkan kemahiran bermain dengan ular.
Ketika ditemui Bernama di Ekspo Orkid dan Flora di Pekan Baling di sini, Juwita turut melayan penonton termasuk kanak-kanak yang mahu bergambar dengannya bersama ular berkenaan untuk diabadikan sebagai kenangan.
Menurut bapanya, Shamsudin Kadir, 68, Juwita mula berjinak dengan pelbagai jenis ular sejak berusia 25 tahun.
"Mulanya saya menyimpan ular tempatan jenis ular sawa seberat lima kilogram yang ditangkap penduduk dan ketika itulah Juwita menunjukkan keberanian dan minat mahu bermain dengan ular dan kemudiannya saya berusaha membeli ular jenis Anaconda dan Albino dari Brazil," katanya.
Katanya beliau turut memelihara enam ekor ular termasuk ular tedong selar, ular punti dan ular sawa serta seekor Iguana seberat 10 kilogram.
Menurut Shamsudin, dia dan isterinya Marian Ahmad, 60, merupakan peniaga pelbagai jenis orkid, pokok buah-buahan dan ikan hiasan yang berniaga di seluruh negara sejak 10 tahun lalu.
"Ketika menjalankan perniagaan, Juwita yang dibantu dua lagi kakaknya akan mengadakan persembahan bermain ular untuk menarik pelanggan ke gerai kami.
"Orang ramai yang berkunjung kalau tidak membeli, mereka akan menghulurkan sumbangan untuk Juwita bagi persembahannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#binatang berbisa
#Juwita Balqis Shamsudin
#Kanak-kanak
#OKU
#ular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan